October 13, 2011

Teknologi Itu Selamat Ke?...






Assalamualaikum,



Dalam entri yang lepas ada cerita pasal video 3gp ni kan,dan kali ini nak cerita pasal fail yang dah dipadam tapi masih boleh dapat balik.Err,boleh ke?boleh jer sekarang ni,teknologi pun dah makin hari makin canggih jadi benda macam ni memang tak ada yang mustahil.Contoh macam nilah,kalau nak jual telefon bimbit,mesti kita padamkan dulu fail kita tu.Yela takkanlah nak bagi orang simpan gambar kita pulak ye dak?heh.

Sebenarnya fail yang telah dipadam tu masih lagi boleh dapat semula.Dengan adanya program yang digunakan khas untuk dapat semula fail yang hilang ataupun dipadam.Dan peratusan untuk mendapatkan semula fail itu juga tinggi kira-kira 90% dari fail asal.Dan bakinya 10% tu pula,fail jadi seakan corrupt.Contoh macam gambar yang kita dapat balik tu ada,tapi hanya nampak separuh jer gambar dari fail asal ataupun dokumen yang kita dapat balik tu jadi tulisan pelik-pelik macam cacing,heh.Fuhh,meremang bukan?jadi pada siapa yang macam nak pakai duit tu,kemudian tolak telefon bimbit tu dekat kedai janganlah sekali dengan memori kad.Janganlah dikisahkan sangat pasal harga telefon tu jatuh jadi murah sebab tak ada memori kad masa dijual.Jangan dikira sangat semua tu,asalkan fail atau apa sekalipun yang pernah dibuat dengan telefon bimbit tu tak diketahui orang lain.Pilih mana yang lagi selamat?...

Sekadar berkongsi maklumat,teknologi semakin canggih dan ada jugak pemikiran kita makin hari makin kreatif.Jadi benda macam ni pada yang tak tahu sekadar berkongsi.Terpulang pada kita untuk memanfaatkan sesuatu teknologi yang ada tu.Biasanya benda ni digunakan untuk recover balik fail penting atau dokumen yang dah dipadam secara tak sengaja.Tapi pada yang salah guna pulak faham-fahamlah apa yang dibuat dengan benda macam tu.Jadi apa-apapun sentiasa berhati hati.Kalau kata dalam telefon tu ada ambil gambar ala-ala camwhore tu,tak pela lagi.Tapi macam koleksi bukan-bukan terlepas pada orang lain,sendiri fikirkan.

Jadi,sama-sama jaga diri,jangan buat benda pelik ke apa.Jaga maruah dan batas pergaulan tak kira masa,pesanan juga untuk diri sendiri.Sama-sama kita berpesan...

28 comments:

Tropical Ice Cream said... BALAS

serius ?mujur xsuka jual nset balik hehe .

Abu Bagi said... BALAS

makanya kena berhati hati ni..hehehe paling penting tak yah la simpan beda2 lucah ni..:D
kan..

Umie Nadhirah said... BALAS

huiyo :O bahaya.

Anonymous said... BALAS

good info :)

Abu Huzaifah said... BALAS

owh.. aku tau psl ni.. berhati2 lah... :)

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

sgt bahaya..skrg zaman semakin canggih..otak pun semakin krreatip..yg pakar tu mampu buat apa shj.& kpd yg x tau tu lebih baik berhati2..sblh2nye jgnlah simpan benda yg x berfaedah di telepon mahupun dilaptop anda..^_^

adwafarahin said... BALAS

adwa klu jual hp mmg xkn jual skali memori sbb syg
skrng da berapa hp tuka n byk jugak memory card hehe :P

Anum said... BALAS

good info
thanks

Nora Yusop said... BALAS

hati2... semakin canggih teknologi, smakin byklah BAHAYA...
jaga diri, hiasi peribadi... :)

Gdsbnga said... BALAS

ta penah tahu punn . siyes baru tahuu =='' aigoo

YouSOF said... BALAS

Teknologi memudahkan, teknologo jugak kadang-kala menakutkan.. Waspada sentiasa.


Terima kasih perkongsiannya bro.

Namee Roslan said... BALAS

teknologi boleh mengaibkan org. sbb tu lah jgn lah pi gatal record video video tak senonoh ke apa. gambar2 x senonoh semua..hati2 ya semua. em kalau berani buat, jangan jual balik hp ke tmbdrive ke...

PCL said... BALAS

kalau PCL henset tak akan jual punya lah...buat koleksi lagi bagus...bkn pasal gambar tu, tak buat pon keja loqlak tu..huhu.

Rtp Farra Arisha said... BALAS

sekarang zaman harus berwaspada akan semua benda yg terdapat di sekeliling. the bad thing tidak perlulah rasanya untuk disimpan kerna ianya tidak memanfaatkan langsung bahkan menjatuhkan maruah dan jati diri :/

RinsyaRyc said... BALAS

--->takmo la jual telefon.. 3 kali rosak tak pernah jual lagi.. hehe

ayuni said... BALAS

nfon bukan untuk dibeli kemudian digadai. kesimpulan, jangan nak bertukar2 nfon sangat.:) jadikan nfon sebgai keperluan,bukan kehendak.

* nice sharing, nice info, nice blog.

m said... BALAS

info bagus ni. thanks reminding=)

aiEz said... BALAS

sarah@yup memang betul,sebab pernah pakai software ni,jadi hati2...

abu@yup sentiasa berhati-hati,err tak elok simpan benda2 mcm tu..:)

umie@mmg betul..;)

sis92@sekadar perkongsian sesama kita..:)

abu@yup betul tu abu..:)

kak lily@yup jadi sentiasa berwaspada,tak sihat simpan benda bukan2...:)

adwa@err tak apa,jadi koleski,janji selamat semua...:)

anum@sama2 kita,untuk kita2..:)

nora@yup betul tu...:)

gdsbnga@tak apa,skrg dah tau hati2 ye..untuk kita berkongsi sama...:)

yousof@yup betul tu,manusia pulak mcm2 jenis jd hati2...sama2 beb...:)

namee@yup betul tu,lgpun tak elok buat benda bukan2...wat aib je...

pcl@err,hehe..;)

farra@yup betul tu,setuju sgt..mcm2 dunia sekarang ni...

rin@err byk kali dah rosak?aiyoh..;)

ayu@err aie selalu tkr fon,tp xjual balik..hee,err betul tu...err,thanks ayu..:)

mya@sama2 kita awak..:)

rozeeta rashid said... BALAS

pernah jugak dengar pasal ni. teknologi ni bahaya jugak. kalau yang suka ambik gambar/video bukan2 tu, jadi artis lah kalau dapat recover fail dalam fon dia. haha. ish3. *geleng2 kepala*

Faez Rusni said... BALAS

yeke aiez? ley ajar ak cmnie..hhuhu

Aki said... BALAS

Yo Bro Aie.. Thanks for the sharing.. Hm,hari tu,Aki ambik gambaq gune D90.. Pastu bile buat transfer tu,ntah macam mana bleh pula corrupt memory kad tu.. Bro Aie boleh tolong Aki tak.. Cadangkan nak download ape kebende sume utk recover balik Data tu..Sayang ar picture tu.. Aritu ambik tuk jamuan raya opis.. Tahun ni takde gambaq langsung.. Just email me,or tinggal pesan kat blog aki Ok?? Thanks bro..

rexs.yanne@gmail.com

aiEz said... BALAS

rozeeta@bahaya kena hati2..:)

paeh@tak leyh ajr suka2 kot..:)

aki@nanti check emel aie bg link...:)

amna said... BALAS

oh, cool la..
baru tau, kalau cmtu fail2 asemen yg corrupt masa trasfer ke cd tu still boleh cari di laptop eh~

Syazwan Che Deraman said... BALAS

bahaya.

weh, same ke ngan pendrive?

aiEz said... BALAS

amna@kalau dr cd xpernah cuba lagi...biasa dr hdd n pendrive..cd sifat burn kekal...

syazwan@yup sama jgk..jd hati2..:)

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

aaahh ada kawan cerita jugak hal neh..

hati2 la dalam apa perkara pun..ehehhe

adan said... BALAS

kena hati2 la kan.. thanks ingatkan.. setakat ni tak pernah pulak jual handset..

Unknown said... BALAS

bila sebut je teknologi, perkataan selamat hanyalah perkataan

Free Blog Theme and Templates