April 10, 2011

Jaga Tepi Kain Orang Untuk Kebaikan?...




Jaga tepi kain orang?ni apa pulak aku cerita pasal kain orang ni?kain sapa la pulak aku kena jaga ni?..Ini bukan cerita aku kena jaga kain sapa pun,tapi maksud jaga tepi kain orang tu ialah orang yang suka menyibuk dan suka menjaga perihal orang lain.


Mesti tak suka kalau ada yang suka menyibuk hal kita kan?apa jer yang kita buat mesti ada yang nak ambil tahu.Buat itu kena tanya,buat ini kena tanya.Semua nak tanya,jadi tak selesa dibuatnya.Sesak nafas pulak jadinya.Mesti pernah kena dengan orang yang macam tu kan?sabar jer lah.

Ni cerita tentang jaga tepi kain orang jugak yang aku nak ceritakan.Tapi lebih pada yang positif.Ada ke jaga tepi kain orang lain yang positif?macam mengarut jer.Maksud lebih pada positif ni,kenalah ambil tahu sedikit tentang keadaan orang sekeliling.Tanya khabar sesama jiran tetangga saling bertegur sapa.Janganlah pulak ditanya soalan yang bukan-bukan,dah confirmlah kena cop kata suka menyibuk.

Kebanyakkan dari kita sekarang yang hidup berjiran jarang yang nak bertegur sapa dengan orang sebelah.Kenal orang sebelah rumah pun macam tu jer.Tak ada lagi sifat untuk beramah tamah sesama jiran .Sekarang lebih pada "hal kau,kau punya pasal".Aku tahu tak semua yang buat macam tu,tapi aku sekadar bercerita dengan apa yang ada.


Bila kita jarang bertegur sapa,apa yang kita nampak hanya sekadar pandang jer.Tak ada niat untuk tegur walau apa yang dibuat tu salah.Ini yang aku kata,kita kena jugak  untuk ambil tahu dengan apa yang orang lain buat.Bukan diam jer bila dah nampak benda yang dibuat tu salah.Sikap tak ambil peduli dan lebih pada pentingkan diri.Tak mahu ambil peduli hal orang lain.

Bukan nak suruh ambil tahu segala benda,tapi cuba untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.Kalau nampak benda yang dibuat tu salah,cuba untuk tegur.Kalau dah nampak tapi hanya diam jer,dah kira subahat jadinya.Tegur untuk kebaikan.Dan tu bukanlah maknanya suka jaga tepi kain orang,tapi mengingatkan mana yang salah.Yang ditegur,buka hati untuk terima apa yang dikata,jangan salah sangka.Sama-sama berpesan dan mengingatkan.

20 comments:

Ainn Hazwany said... BALAS
This comment has been removed by the author.
aiEz said... BALAS

Ainn Hazwany-hehe,betul tu..tak semua suka apa yang kita buat.,^^

syazee said... BALAS

niat baek tp owg salah phm..

aiEz said... BALAS

syazee-selalu macam tu,tegur kebaikan tp bila ditegur kena balik..

Miss Shikio said... BALAS

masyarakat skarang suka salah anggap, bila tnya sikit mula lah nak cop "busy body"

lalalala~ ^_^

aiEz said... BALAS

Miss Shikio-betul tu..niat kita cuma bertanya jer,tp jd salah fhm..haish..

AkuMuzikFilem said... BALAS

hidup ni perlu bercampur. cuma jangnlah bersosial galak tak ingat dunia. bercampur ambil tahu, bukan jadi kera sumbang yang individualistik.

aiEz said... BALAS

AkuMuzikFilem-betul,hidup bermasyarakat kena ada muafakat..ambil tahu mana yg perlu..bukan kita jer yg ada kt dunia ni..^^

cik kiwi's said... BALAS

humm..kita jaga kain dia. dia jaga kain kita. ok la kan?. haha

aiEz said... BALAS

cik kiwi's-hehe..^^

Lulu Rahman said... BALAS

prihatin sgt pun tak syok .

aiEz said... BALAS

Lulu Rahman-kurangkan sangat tu,tp sket jer..jgn la ambil tahu semua,hoho..^^

@amabanzai said... BALAS

dah basuh kain?

aiEz said... BALAS

ama-err,hehe..

Syafiq Rosli said... BALAS

emm..ada yg baik dan ada jugak yang buruknya

aiEz said... BALAS

Syafiq Rosli-begitu la dia kehidupan,manusia yg punya byk rgm dan ceritanya..^^

CintaZulaikha said... BALAS

kadang2 kita kena tgk tepi kain yg camne yg kita nak tegor tuh..takot krg kita yg kena balik~~maklumlah sumer org dah bijak pandai skrg....

aiEz said... BALAS

CintaZulaikha-hehe setuju jugak tu,nt cakap lebih2 sendiri yg kenal balik..^^

Unknown said... BALAS

ye.. kdg kdg perlu jgk menjaga tepi kain org kn? but xperlulah melebih lebih.. sekadar abik tahu da la kn? :) btw thanks sbb sudi kongsikan link nie ngan sara :)

aiEz said... BALAS

sara-yup betul,jaga tepi kain org pun kena berpada2 jugk..jgn melebih,lebih kpd mengmbil tahu tp bukan smua yg nk diambil tahu..peka dgn sekeliling,sama2 kita..trima kasih sudi singgah sini..:)

Free Blog Theme and Templates