Kalau seorang wanita melihat pada seorang wanita yang lain yang jauh lagi cantik pasti diri seakan cemburu.Dalam hati mula berbisik-bisik dan terdetik berkata..
"Kalaulah aku ni cantik macam dia kan bagus.Bila aku lalu jer semua mata pandang dekat aku.."
Atau..
"Kenapalah aku tak cantik macam dia?.."
Sebagai manusia,kita suka melihat pada keindahan dan cantiknya pada luaran sahaja.Cantik jika ditanya pada setiap dari kita pasti jawapannya berbeza-beza.Kerana cantik pada pandangan setiap orang dalam menilai seseorang itu amat subjektif.Tak ada jawapan yang tepat jika ditanya apa maknanya cantiknya seseorang itu.
Pada yang mengatakan yang dirinya tak cantik pada rupa,usahlah terlalu memikirkan apa yang orang kata.Kerana kita lebih tahu akan siapa kita yang sebenarnya.Bersyukur dengan apa yang ada dengan segala kurnia yang telah diberikan.Cantik pada luaran bukan menjadi satu ukuran dalam sebuah kehidupan.Seolah kecewa dengan diri yang tak seberapa,lemah tak bermaya tak mahu dicerca.
Andai mahukan cantik bermekap tebal segala dimuka,hanya sekadar satu pembaziran yang hanya sia-sia.Itu semua tak bermakna.Cantik datangnya dari diri,punya senyuman dengan ikhlasnya hati.Tanpa ada sifat dengki menyakiti,itulah cantik yang dicari.Basahkan muka dengan air wudhu yang ada,pasti naik seri cantik padanya wajahnya.Banyak caranya kalau mahukan cantik sebenarnya,bukan hanya sekadar paras rupa tapi juga datangnya dari hati.
Kalau cantik pada pandangan,banyak sangat menjadi perhatian pun tak bagus juga.Ada banyak mata yang melihat dengan pandangan yang jahat.Menimbulkan gejala fitnah sesama manusia.Biar kita hidup bersederhana,dengan apa yang ada.Cantiknya kita hanya pada pandangan sesama manusia,tapi pada yang Esa cantik akhlak tinggi martabatnya..
Sekadar renungan.
12 comments:
segala puji-pujian harus diberikan padaNya .. :)
yg penting, bersederhana lah .. awww... hahaha
Miss Shikio-betul2,err awww?hoho
xcantik luaran xpe... jgn xcntik dalaman.. klau dlam xcntik cnfirm rmai yg bnci.. cantik luaran tu xkekal lme pon.. bile2 je Allah boleh ambik.. so, brsyukurla :)
jemput singgah ANASAURUS :)
Ramai yang kata, biasanya jarang dikurniakan beautiful with brain kan...
Farhana Jafri-tu yang semestinya,lagi molek klu cntik luar dan cantik dalam..yup,apa yg ada hanya pinjaman semata,bila2 boleh ditarik semula..cantik rupa pun akn pudar bila mnjelang tua..^^
Meera-hehe,yup..teringat pulak satu video yg ckp cntik xbermakna tanpa menggunakan akal dlm melakukan satu2 perkara..
bersyukurlah dengan apa yang ada dan bersyukur jika kita disukai bukan kerana kecantikan kerana jika suka disebabkan cantik bermakna anda rugi, bila dah tak cantik mesti takkan disukai lagi.
hanaahmad-setuju sangat,kecantikan xkan kekal lma..syukur jika ader yg menerima kita dgn seadanya tanpa menilai luaran kita macam mana..^^
cantik itu subjektif....
lain mata lain pandangan...
cantik di mata manusia tak semestinya canti di mata NYA.....
KatekateKite-betul tu,^^
Cantik datangnya dari diri,punya senyuman dengan ikhlasnya hati.Tanpa ada sifat dengki menyakiti,itulah cantik yang dicari
yes...thanks..dengan ayat nie..membuatkan lebih bersemangat..huhu
cek's zaitun-err hee..yup,masing2 ada kecantikkan dalam diri..^^,bukan sekadar luaran semata...:)
=) senyum
Post a Comment