April 30, 2011

Sekadar Fesyen Katanya...

Sekarang ni kalau nak diikutkan ada bermacam-macam jenis fesyen tudung yang ada dipasaran sekarang.Ada yang tudung ala-ala shawl,dan bermacam lagilah.Pada yang ikut arus fesyen tudung ni semua mesti tahu sedikit sebanyak tentang jenis tudung yang ada dipasaran sekarang.


Pada yang sebelum ni tak bertudung,ada yang berjinak-jinak dengan mula memakai tudung.Satu perubahan yang baik.Tapi ada juga yang memakai tudung dengan alasan sekadar fesyen dan suka-suka,maaf jika ada yang membaca dan terasa dengan penulisan yang aku sampaikan.Tapi aku ingin kongsikan tentang satu pengalaman dari orang terdekat dengan aku.


Pernah aku tanyakan soalan ni pada seorang rakan perempuan,sebab apabila dia datang bekerja dengan memakai tudung.Tapi apabila keluar bersama rakan yang lain,tudung habis dibuka segala.Jawapannya yang begitu diambil mudah membuatkan aku terasa agak tersekima seketika.Dia memakai tudung bukannya kerana ikhlas atau apa,tapi kerana terpaksa.Kalau diikutkan memang terasa panas dan rimas dengan fesyen yang menutup kepala ni.Katanya lebih baik tak pakai tudung dari pakai kalau hatinya tak ikhlas.


Tambahnya lagi,nak pakai tudung kerana sebab nak nampak baik tapi perangai entah apa-apa.Yang pakai tudung bukan semuanya baik kalau perangai teruk.Buat apa nak hipokrit katanya.Okey,itu jawapan yang aku rasa agak melampau kerana seakan menghina pada mereka yang memakai tudung.Hati manusia,baik buruknya kita siapa kita yang nak tentukan.Hanya Dia yang mengetahui apa yang tersirat dihati kita setiap insan.Kalau dia tak pakai tudung tak apa,tapi jangan dihina pada yang lain.

Masing-masing punya hak kebebasan diri,tapi kalau itu yang dilaung-laungkan dan dibesarkan alamat punahlah apa yang ada dalam diri,jangan sampai hanya tinggal Islam pada ic semata tapi cara dan apa yang diajarkan tak selari dengan apa yang ada.Pada yang memakai tudung jangan pula diperlekehkan,kerana secara sedar atau tidak diri juga persenda agama.

 Maaf sekali lagi sekiranya ada yang terasa,tapi entri ini sekadar renungan.Dari pengalaman,aku kongsikan.



April 28, 2011

Sayang Kita Biar Berpada...









Sayang?kisah chenta lagi?tak.Bukan kisah cinta yang aku nak aku nak ceritakan.Tapi sekadar pengkongsian dari seorang rakan yang bercerita.

Kata orang kalau sayangkan anak kita ajar-ajarkan.Kalau ada yang melakukan kesalahan kita perbetulkan mana yang silap.Menegur untuk kebaikan dimasa hadapan anak tu sendiri.Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya,kalau dah jadi buluh agak susah untuk dilentur dan dibentuk.


Tapi sekarang,bila ada yang menegur untuk kebaikan anak itu sendiri ada sesetengah ibu bapa yang melenting dan melarang kita mencampuri urusan mereka sekeluarga.Kita hidup bermasyarakat,perlu menegur yang mana silap yang ada,kekurangan yang ada diperbetulkan.


Aku bercerita dan pengalaman rakan aku sendiri,yang mengadu pada ibu dan bapa kawannya.Perihal kawannya yang masih bersekolah dan dibawah umur menghisap rokok  sambil menunjuk-nunjuk pada rakan aku yang seorang ni.Bukan niat untuk menyibuk atau apa,tapi untuk kebaikan kawannya juga.Tapi apa respon yang diberi dari ibu bapanya sendiri,dengan memarahi rakan aku tadi.Kata jangan ambil peduli,jaga urusan sendiri.Dan yang paling tak boleh lupa,bagi alasan mereka mampu untuk membeli rokok yang ada,bukan minta dari sesiapa.


Agak mengecewakan dengan sikap ibu bapa yang langsung tak ambil peduli dengan apa yang terjadi.Tak menegur kesilapan didepan mata sebaliknya membiarkan sahaja walau sudah terang dan nyata.Mungkin ada yang kata aku boleh kata macam ni sebab aku masih belum berkeluarga,tapi ingatlah ini hanya peringatan pada diri juga.


Sayangkan anak biarlah berpada-pada,jangan sampai dipijaknya kepala kita baru nak menyesal dengan apa yang terjadi.Dari sekecil-kecil rokok itu tak mustahil akan mencuba benda yang lain pula.Saat itu untuk menyesal dengan apa yang terjadi pun dah tak ada gunanya.Aku buat entri ini bukan untuk memburukkan sesiapa,tapi sekadar berpesan sesama kita.Tak salah kalau sayangkan keluarga sendiri,tapi kalau ada yang membuat silap sama-sama kita menegur untuk kebaikan,belajar juga untuk ditegur dengan apa yang dikatakan,jangan terus melenting dan terus marah segala.Menegur untuk kebaikan bersama..

April 26, 2011

Dari Kerana Mata..




Kata orang dari mata turun ke hati,dari hati pula berputiklah cinta.Hati berdebar-debar bila mata bertentang mata,inikah cinta pandang pertama?..Oppss!tapi bukan cerita tu aku nak sampaikan,asyik cerita cinta hati bunga-bunga..euwww,hehe..

Berbalik pada tajuk entri "dari kerana mata".Mata,adalah salah satu anugerah nikmat yang Allah dah berikan pada kita.Anugerah yang sangat berharga dalam kehidupan.Melihat alam yang terbentang luas,alam ciptaanNya untuk kita hayati.Membuat kita berfikir dan mengkaji dari setiap apa yang berlaku.


Tapi ada juga yang salah guna nikmat yang Allah dah bagi pada kita.Seakan diri tak bersyukur dengan pemberian yang ada.Sebab apa,ada yang melihat benda yang tak sepatutnya.Tak kira siapa,baik lelaki mahupun wanita,perlu menjaga pandangan mata kita.Apa yang telah diberikan sekadar hanya pinjaman.


Aku pun tak sempurna,cuma manusia biasa yang selalu buat silap.Tapi itu bukan alasan untuk selalu melakukan kesilapan,sebab kita diberi akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.Bagi lelaki kadang suka melihat benda yang tak elok,contoh tengok ada perempuan lawa yang pakai seksi sikit mesti tak berklelip mata dibuatnya.


"Rezeki depan mata siapa yang tak tengok kan?tipu kalau kata tak tengok.."



Betul,kalau yang terpandang secara tak sengaja tak apa,tapi bukan dengan pandangan yang kedua dan seterusnya.Bukan aku nak cerita tentang keburukan lelaki,tapi sekadar bercerita.Sebab dalam  al-Quran pun ada mengingatkan kita agar menjaga pandangan dan kemaluan,berpesan pada lelaki dan wanita.Dah terang dan nyata apa yang dikata agar memelihara setiap dari pandangan kita.


Aku sekadar bercerita,sebab sekarang aku tengok fesyen yang ada sekarang macam pelik pun ada.Mungkin aku ni buta dengan fesyen ni semua,tapi buat kaum wanita pun sama kena beringat.Tak salah kalau nak berfesyen segala,tapi jagalah auratnya juga.Nak salah lelaki pun tak boleh juga,sama-sama kita.

 Wanita pun kena jaga pandangan juga,bukan boleh tengok semua benda.Kalau ada abang yang badan berketul atau yang handsome pandangan tak berkelip.Bukan salah cuma kalau boleh tundukkan pandangan,agar tak mendatangkan fitnah.


Berpesan juga pada diri dan sesama kita.Selagi anugerah yang diberi masih ada,gunakan dengan sebaiknya.Jangan kufur nikmat yang diberi,takut nanti ditarik kembali..

April 24, 2011

Kemaafan...





Sebagai manusia ego tu memang ada,tak kira lelaki ataupun pun perempuan.Ego lelaki terlalu tinggi?mungkin.Bila dah lakukan kesilapan agak susah untuk meminta maaf.


Aku pun kadang kalau dah buat satu-satu kesilapan tu,agak susah untuk melafazkan kata maaf tu.Bukan niat sengaja untuk tak minta maaf atas apa yang dilakukan,tapi menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk melafazkan kata maaf .Tapi akan tiba ke waktu yang sesuai tu untuk minta maaf?selama berapa hari?makan minggu?sebulan dua?..


Kalau nak ditunggu selama mana masa tu hadir,percayalah takkan datangnya masa tu.Kerana syaitan tetap akan menangguh masa yang sesuai untuk kita sesama manusia berbaik semula,kerana pepecahan sesama kita adalah yang kemenangan baginya.Mesti pernah dengar kan kalau kita sesama muslim 3 hari tak bertegur sapa kan dah kira berdosa baginya?.Inikan pula kalau pergaduhan dan perselisihan faham yang berpanjangan selama beberapa lama.


Lagipun,tenang ke hati tu rasa kalau diri tu sentiasa berasa bersalah dengan apa yang dah dibuat?tak kira siapa benar ataupun tidak.Menang atau kalau siapa yang minta maaf dulu tak menjadi hal,kerana ia melibatkan hubungan kita sesama  manusia.Selagi masih ada masa dan ketika,minta maaf dengan apa yang telah dilakukan.Takkan jatuhnya maruah diri andai mengaku akan kesilapan diri.Bukakan hati,sucikan diri.Usah saling mementingkan diri sendiri,dengan memutuskan ikatan yang dah ada.Kerana kemaafan itu adalah sesuatu yang indah..

April 22, 2011

Maruah Dan Harga Diri?...




 Maruah dan harga diri.Sebagai seorang muslim hendaklah pertahankan maruah dan harga diri yang ada.Hormati harga diri orang lain mahupun diri sendiri.Jangan biarkan harga diri dan maruah itu dipermudahkan oleh orang lain.
 
Kenapa aku bercerita tentang akan maruah dengan harga diri ni?aku bercerita dari keadaan  sekeliling aku sendiri dan kadang aku sendiri yang terkena dengan benda sebegini untuk dijadikan teladan.Setiap insan punya maruah dan harga diri dalam diri,apabila kita tahu menjaga akan maruah diri maka kita akan lebih dihormati.
Adab dalam pergaulan juga kita sudah diajar dari kecil antara lelaki dan perempuan,ada batas yang perlu dijaga.

Maruah diri bukan sekadar menjaga akan pergaulan antara lelaki dan perempuan,tapi juga menjaga aib  dan maruah orang lain.Maksud aku disini,kalau kita bergurau dengan teman-teman juga ada batasnya.Tak kisah sesama lelaki ataupun sesama perempuan,bila kita terlebih kata dan banyak bicara jadi makin banyaklah pula silapnya dalam tutur kata.Bergurau juga ada caranya,tapi jangan sampai menjatuhkan air muka dan maruah orang lain tanpa memikirkan perasaan yang mendengarnya.

Mungkin niat dihati sekadar gurauan,tapi hati yang mendengar tahu betapa malu dirasakan.Kalau melawan dikatanya tak sporting,tapi harus diingatkan.Tak semua boleh dijadikan bahan untuk dijadikan cerita.Bergurau juga ada batasnya,jangan sampai tak ingat dunia.Macam mana orang nak hormati kita kalau kita sendiri tak tahu nak menhormati orang lain.Jangan diri terus melenting bila terkena pada diri,kalau silap berpunca salah sendiri.

Entri sekadar renungan,apa yang dituturkan tak boleh nak ditarik semula.Ada yang terluka,ada yang terasa.Tanpa memikirkan perasaan yang mendengarnya.Maruah diri hendak dijaga,aib orang dicerita segala.Orang lain juga punya harga diri untuk dihormati,bukan untuk semudahnya diri dibiarkan dicaci..Berpesan pada diri,dalam menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati yang mendengarnya dan melakukan kesilapan..
 

April 20, 2011

Salahkah Lelaki Menangis?..



 

"Lelaki menangis?err tak macho la der gua tengok..''

"Alah, apa ada hal?bunga bukan sekuntum.. "

 


Agak ada tak lelaki menangis akibat terlalu kecewa dirasakan apabila cinta yang dipupuk hancur dan lebur di pertengahan jalan?*mukadimah,..hehe*

Apa yang diidamkan segalanya musnah,kalau dulu saat ber"chenta",indah berkasih sayang tapi sekian lama ''chenta" makin pudar dan penyelesaian hubungan putus dipertengahan.Kerana terlalu kecewa lelaki pun menangis.Tapi lelaki ni bukannya jenis suka menunjuk kalau soal emosi macam ni.Sangat pandai dalam mengawal apa yang terpendam,bermain dengan situasi kerana egonya lelaki amatlah tinggi.


Tapi percayalah,kerana lelaki juga adalah manusia biasa.Punya perasaan segala,semestinya akan lemah jika hati benar-benar "chenta" dan ikhlas dalam sesuatu hubungan tu.Kalau situasi ditempat perempuan sekalipun,sama jer akan sama kecewa dan menangis..Lelaki juga macam tu,tak kira la walau berketul-ketul badannya dalam hatinya tetap ada perasaan kecewa dalam diri..


Sekalipun tak ditunjuk secara berdepan perasaan kecewa dan menangis tu pada yang melihat,tapi percayalah yang lelaki akan menangis bila diri dikhianati.Secebis rasa kesal tu yang membuatkan diri akan menangis mengenang pada apa yang telah terjadi..

April 19, 2011

Sahabat..




Beruntung sebenarnya ada sahabat disisi yang sentiasa jadi pendengar yang setia,segala keluh kesah yang menyebabkan diri menjadi resah dapat dikongsi dengan sahabat yang memahami.Dan aku bersyukur kerana aku punya sahabat seperti itu.

Aku anak tunggal dalam keluarga,dan kata orang anak yang seorang ini semestinya anak yang manja.Tidak,dan aku menafikan itu.Cuma ada masa dan ketika sifat sebagai manusia ingin dimanja itu ada,tapi bukan selalu.Aku lebih selesa dengan cara aku sendiri,jika aku punya masalah aku lebih selesa dengan cara mendiamkan diri tanpa berkongsi dengan sesiapa.Tapi itu semua dulu kerana kini aku punya sahabat disisi.Berkongsi cerita dari hati ke hati.


Tersangat bersyukur kerana aku punya sahabat seperti yang aku ada sekarang,walau bergurau kata kadangnya pedas tapi aku tahu sifatnya memang begitu.Saling menegur demi kebaikan,menjaga erti persahabatan yang telah terjalin.Sememangnya hendak membina sesuatu ikatan yang berlandaskan pada kesetiaan dan kepercayaan amatlah sukar.Kerana hati kita sebagai manusia tidak sama,namun aku bersyukur kerana ada sahabat yang sekepala sama berkongsi cerita tentang apa yang dipendamkan samada soal hati mahupun perasaan.


Terima kasih pada sahabat yang ada disisi,semoga apa yang terjalin kini akan kekal untuk selamanya..

April 18, 2011

Kau,Aku,Dia dan Mereka,Berbezakah?...




Dalam dunia ni bermacam jenis manusia yang boleh kita jumpa,dengan pelbagai budaya,bahasa dan agama.Dengan kulitnya yang bermacam-macam,ada yang berkulit putih gebu,kuning langsat dan ada jugak yang berkulit hitam manis.

Betapa hebatnya alam ciptaanNya,mencipta kita dengan pelbagai sifat dan berbagai kaum yang berbeza.Dan semestinya punya sebab yang tersendiri untuk kita cari.Tapi dalam kepelbagaiannya kita tu,ada juga manusia yang suka membeza-bezakan manusia yang lain.Dengan hidupnya suka meninggi diri,menilai manusia dari segi luaran dan bukan dengan dari hatinya.Memandang orang lain dengan hanya pandangan sebelah mata.
 

Berbezakah kita?memandang orang lain dengan pandangan yang hina.Hinakah manusia itu bila tak punya harta yang banyak?miskin harta didunia.Kenapa perlu ada sifat meninggi diri?Sedangkan kita hidup dan berkongsi dunia yang sama.Bezanya kita kerana harta dan pangkatnya,itu hanya didunia.

Apa yang membezakan kita dalam hidup ni,itu adalah rezeki masing-masing yang telah diberi.Untuk menguji kita agar tak terlalu meninggi diri dan lupakan pada yang lain.Pada yang tak punya harta jugak tak apa,Allah menguji untuk melihat sejauh mana kita mampu berusaha untuk berjaya.Kita sebenarnya adalah sama dimataNya.Bukan harta jadi ukuran,tapi yang membezakan kita bergantung pada amalan untuk dijadikan bekalan untuk disana.

Tak perlu untuk meninggi diri kerana kau,aku,dia dan mereka adalah sama,Tak ada apa yang beza.Sekadar berpesan pada diri yang kadang terleka dengan apa yang ada.Leka dengan dunia yang hanya sebentar cuma..

April 16, 2011

Chenta Tapi Selalu Bergaduh...




Dalam bercinta ni memang menjadi adat kalau ada yang tersalah sikit dah merajuk-rajuk.Merajuknya pulak sampai berhari-hari,nak pujuk guna cara tu tak layan,nak gunakan cara ni tak jalan.Pening jugak dibuatnya..

Kalau macam cerita diatas ni lebih pada nakkan perhatian,tak salah kalau inginkan perhatian dari si dia tapi janganlah sampai nak merajuk lebih sangat,jenuh nak memujuknya.


Macam mana pulak kalau bercinta asyik selalu jer bergaduh?sikit punya masalah pun nak jadi isu,bertekak bagai nak rak mengalahkan perang dunia.Akhir gaduh bila dah tak tahan sangat minta putus,tengah marah segala benda keluar.Ungkit mengungkit itu ini,dan penutupnya masing-masing tak mahu mengalah.


Bila dah terlepas cakap menyesal dengan diri sendiri,kedua belah pihak ambil jalan damai.Saling bermaafan dan bercinta kembali.Masing-masing dah ok semula,tak lama lepas tu ada buat silap lagi dan cakap benda yang sama,tiap kali bergaduh ungkit lagi.Kedua belah pihak tak ada sikap saling tolak ansur.


Putus dan couple semula, seakan tak ada kesudahan,masa bercinta lebih banyak gaduh dari yang elok.Wajarkah teruskan lagi hubungan yang ada?sebab kesefahaman tu langsung tak ada.Sikap tolak ansur dan ego dalam diri yang masing-masing tak mahu mengalah.


Betul kata hatinya sayang tapi selama mana mampu untuk hadapi benda macam ini.Walau sekalipun kata orang cinta itu buta tapi jangan sampai menjadi buta dalam menilai mana yang baik untuk diri sendiri.Selalu rasa tak ada keserasian,berbincang berbaik lepas tu berulang lagi masalah sama.


Entri ni lebih kepada tanya pendapat,cerita ni bukan cerita aku.Cerita dari seorang kawan yang inginkan pendapat,harap dapat membantu..terima kasih..


April 14, 2011

Sekadar Renungan...




Bermacam cerita yang kita baca di dada akhbar sekarang dengan masalah yang pelik-pelik pun ada.Cerita masalah remaja yang berbagai.Terasa ngeri pulak baca cerita yang ada sekarang,kalau dulu tengok akhbar tak ada la kes yang macam ni semua.Sekarang memang tak boleh nak cakap,ada jer yang jadi.

Kenapa semua ni berlaku?cerita yang seakan tak ada kesudahan.Kalau tengok dari cerita remaja putus cinta dengan kes anak luar nikah yang lahir dan isu-isu lain yang dibangkitkan.Macam-macam masalah moral yang ada dapat kita tengok sekarang.Kalau dulu benda macam ni memang malu kalau anak dara yang kalau perangainya yang agak liar keluar dengan suka-suka.Tapi sekarang seakan dah jadi macam perkara biasa.Peredaran masa,merubah corak pemikiran kita dan tata susila adab yang perlu dijaga.


Mungkin nak kata aku kolot dengan benda macam ni.Tapi walau macam mana pun peredaran masa dan majunya satu-satu benda tu,tapi harus diingatkan ada yang perlu dijaga.Nilai ketimuran yang harus ada dalam diri setiap individu itu sendiri.Dalam Islam sendiri pun ada menyatakan tentang adab dalam pergaulan.Bukan semua boleh dibuat secara suka-suka,ada juga batasnya.

Sifat malu dalam diri seakan kurang,bukan aku nak katakan yang kaum wanita jer,tapi aku berpesan pada kaum adam jugak sama.Sebab kita adalah sama,jadi tak ada isu kata aku menyalahkan satu pihak jer.Benda tak akan terjadi kalau sekadar bertepuk sebelah tangan.Kedua belah pihak memainkan peranan dalam apa jugak keadaan.


Mungkin entri seakan berat kalau dibaca,tapi aku bercerita setelah mendengar dari pendapat dan pengalaman seorang tua.Bercerita dengan apa bezanya kita dengan orang dulu-dulu.Melihat dari perubahan zaman,pergaulan antara lelaki dan perempuan.Remaja dulu dan sekarang memang terlalu banyak bezanya.Katanya anak remaja sekarang terlalu liar pengaulannya,ditegur nanti katanya kita siapa.Masa merubah segalanya.


Walau macam mana pun majunya kita,ingat pada agama,adat dan budaya.Jangan sekadar Islam pada nama,tapi perlakuan tak selari dengan apa yang dilakukan.Cerita dari keluhan seorang tua,aku kongsikan bersama..Sekadar renungan antara kita..


April 13, 2011

Queen Control VS Drama King?..


 


"Queen Control" ikut pada definisi,lelaki yang dikawal tindak tanduknya dari segi segala oleh seorang wanita tak kira yang digelar kekasih atau isteri.Segala apa yang dilakukan mengikut kata tunjuk dari seorang wanita,setujukah anda?Dan "Drama King" pulak apa bendanya?dah macam lagu Meet Uncle Hussain ft Black jer,hehe..

Kenapa aku cerita tentang queen control ni?adakah aku nak kata yang golongan wanita ni jenis yang suka menggongkong?sabar,kita baca dulu bagi habis ye.Ceritanya macam ni,ada seorang kawan yang selalu mengadu masalah yang dihadapinya dengan kekasihnya.Nak buat apa-apa mesti kena bagitahu dulu,pergi keluar makan dengan kawan lelaki pun kena hantar report dulu nak pergi mana.Kesian pun ada tengok kawan seorang ni..


Dekat mana pulak katanya drama king tu?Ye la,si kawan ni tadi,kena berpura-pura selesa dengan depan kekasih yang ada.Dalam hati kata taknak tapi kena juga buat apa yang dikata.Sebab apa?kalau si dia merajuk memang tersangatlah susah si lelaki nak memujuk,mahu tak mahu diikutkan juga kata si dia.Keluar makan dengan kawan lain pun beritahu dulu nak pergi mana.Kalau ikutkan hati lelaki memang takkan layan tapi apakah daya,kata orang cinta itu buta.Redha dalam terpaksa.


Dah banyak kali cakap pada kawan ni,cakap apa yang sendiri rasa.Apa yang buatkan diri rasa tak selesa,tapi diri tu takut.Bila berdepan,ikut jer apa yang disuruh,memang kata sayang tapi kena agak-agak la juga sayang tu macam mana.Bila dekat belakang pulak mengadu kata tak suka bila dah disuruh segala macam.Tu yang kata drama king tu,berpura-pura jer.



Sebenarnya masalah ni tak susah pun kalau nak diselesaikan dan dibawa bincang antara kedua belah pihak.Yang lelaki ni kena berterus terang dengan apa yang dirasa.,dan yang perempuan pulak kena la belajar janganlah nak suruh orang buat itu,buat ini.Ingat yang lelaki ni tak suka dipaksa-paksa.Terasa sangatlah jatuh egonya sebagai seorang lelaki apabila disuruh macam tu.Yang penting kena ada persefahaman diantara kedua belah pihak dan sikap saling menghormati antara satu sama lain.Barulah hubungan tu sentiasa aman...hoho..


April 12, 2011

Chenta Dan Orang Ketiga..




Semestinya pasangan yang bercinta inginkan kebahagiaan dalam hubungan mereka dan berharap hubungan yang terbina diakhiri dengan ikatan perkahwinan.Tapi macam mana kalau sesuatu hubungan tu adanya orang ketiga?yang dulunya sama kawan rapat,sekarang jadi duri dalam sesuatu hubungan tu dan  melaga-lagakan diantara kedua belah pihak.

Asalnya,dia orang yang benar-benar kita harapkan dapat membantu kita apabila dalam kesusahan rupanya ada niat yang tersendiri.Tempat mengadu dan berkongsi masalah yang ada,tapi tak menjaga amanah yang kita berikan.Didepan kita kata lain tapi dibelakang kita cakap pusing-pusing.Dalam diam rupanya ada hati pada kekasih kawan sendiri.Konon katanya nak bantu selesaikan masalah antara kedua belah pihak,tapi ada agenda tersendiri.

Sukar jika sesebuah hubungan adanya orang ketiga,dengan sifatnya yang pandai bermuka-muka.Bukan semua orang yang boleh kita percaya macam tu jer,kena berhati-hati kalau nak meluahkan tentang apa yang kita rasa dan nak ceritakan.Manusia ni ada macam-macam perangai,susah untuk kita jangka tindak tanduknya.Segala apa yang kita cerita dan sampaikan padanya nanti digunakan untuk pecah belahkan hubungan yang sedia ada.


Berjaga-jaga kalau dalam memilih kawan dan nak dijadikan pengantara dalam sesuatu hubungan,dan kalau nak ceritakan apa-apa masalah pun kena tengok jugak.Kalau dah lama kenal dan tau hati budinya macam mana baru boleh kita nak kongsikan apa-apa cerita.Tapi jangan luah segala benda apa yang rasa,ada jugak benda yang tak semua kita dapat kongsi dengan orang lain walaupun percaya sangat padanya.Rambut manusia ni nampak sama hitam tapi hati lain-lain,sekadar cerita dari pengalaman..



April 10, 2011

Jaga Tepi Kain Orang Untuk Kebaikan?...




Jaga tepi kain orang?ni apa pulak aku cerita pasal kain orang ni?kain sapa la pulak aku kena jaga ni?..Ini bukan cerita aku kena jaga kain sapa pun,tapi maksud jaga tepi kain orang tu ialah orang yang suka menyibuk dan suka menjaga perihal orang lain.


Mesti tak suka kalau ada yang suka menyibuk hal kita kan?apa jer yang kita buat mesti ada yang nak ambil tahu.Buat itu kena tanya,buat ini kena tanya.Semua nak tanya,jadi tak selesa dibuatnya.Sesak nafas pulak jadinya.Mesti pernah kena dengan orang yang macam tu kan?sabar jer lah.

Ni cerita tentang jaga tepi kain orang jugak yang aku nak ceritakan.Tapi lebih pada yang positif.Ada ke jaga tepi kain orang lain yang positif?macam mengarut jer.Maksud lebih pada positif ni,kenalah ambil tahu sedikit tentang keadaan orang sekeliling.Tanya khabar sesama jiran tetangga saling bertegur sapa.Janganlah pulak ditanya soalan yang bukan-bukan,dah confirmlah kena cop kata suka menyibuk.

Kebanyakkan dari kita sekarang yang hidup berjiran jarang yang nak bertegur sapa dengan orang sebelah.Kenal orang sebelah rumah pun macam tu jer.Tak ada lagi sifat untuk beramah tamah sesama jiran .Sekarang lebih pada "hal kau,kau punya pasal".Aku tahu tak semua yang buat macam tu,tapi aku sekadar bercerita dengan apa yang ada.


Bila kita jarang bertegur sapa,apa yang kita nampak hanya sekadar pandang jer.Tak ada niat untuk tegur walau apa yang dibuat tu salah.Ini yang aku kata,kita kena jugak  untuk ambil tahu dengan apa yang orang lain buat.Bukan diam jer bila dah nampak benda yang dibuat tu salah.Sikap tak ambil peduli dan lebih pada pentingkan diri.Tak mahu ambil peduli hal orang lain.

Bukan nak suruh ambil tahu segala benda,tapi cuba untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.Kalau nampak benda yang dibuat tu salah,cuba untuk tegur.Kalau dah nampak tapi hanya diam jer,dah kira subahat jadinya.Tegur untuk kebaikan.Dan tu bukanlah maknanya suka jaga tepi kain orang,tapi mengingatkan mana yang salah.Yang ditegur,buka hati untuk terima apa yang dikata,jangan salah sangka.Sama-sama berpesan dan mengingatkan.

April 09, 2011

Penghijrahan..




Penghijrahan,kalau ditanya mesti ada yang bagi macam-macam jawapan.Ada yang akan bagi jawapan perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan ada juga akan memberikan makna perubahan dari sesuatu perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Penghijrahan yang aku nak ceritakan kat sini tentang sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih baik.Sekadar bercerita dari keadaan sekeliling aku.Selalu aku katakan dalam entri sebelum ni,yang kita sebagai manusia takkan pernah lari dari melakukan kesilapan.Kita adalah hamba,dan kita selalu diuji untuk menilai ketabahan kita dalam menhadapi segala apa yang ada tika kita masih didunia untuk bekalan disana.


Dan ada diantara kita yang cuba untuk berubah kepada kebaikan.Namun tak semua dari kita yang dapat terima apa yang kita cuba lakukan.Bukan semua macam tu,tapi ada segelintir dari kita yang tak suka melihat perubahan seseorang tu kepada kebaikan.Sebagai contoh,kalau sebelum ni keluar kemana,pakai ketat segala,pakai dedah banyak mata sekeliling melihatnya.Tiba satu hari ditemukan hidayah berubah dan tak lagi pakai macam tu dah.Orang sekeliling pasti ada yang mengata jugak,walau kita dah berubah.


Mulut manusia,memang banyak ceritanya dan kita tak boleh paksa orang terima apa perubahan yang kita lakukan.Ada jer yang tak kena dimata.Berubah untuk kebaikan pun ada jugak yang mengata dan tak suka.Melihat pada keburukan seseorang lebih dari menilai kebaikan tanpa melihat pada diri sendiri.

Pada yang dikata,walau apa pun yang orang cuba katakan,abaikan.Kerana kita berubah kerana apa?keranaNya atau kerana keadaan sekeliling kita?jangan terlalu mudah untuk mengalah dengan kata-kata orang.Asalkan niatnya ikhlas untuk berubah sudah cukup,kerana Allah mengetahui apa yang tersirat dihati kita.

April 07, 2011

Saya Tak Chantek..




Kalau seorang wanita melihat pada seorang wanita yang lain yang jauh lagi cantik pasti diri seakan cemburu.Dalam hati mula berbisik-bisik dan terdetik berkata..

"Kalaulah aku ni cantik macam dia kan bagus.Bila aku lalu jer semua mata pandang dekat aku.."

Atau..


"Kenapalah aku tak cantik macam dia?.."


 Sebagai manusia,kita suka melihat pada keindahan dan cantiknya pada luaran sahaja.Cantik jika ditanya pada setiap dari kita pasti jawapannya berbeza-beza.Kerana cantik pada pandangan setiap orang dalam menilai seseorang itu amat subjektif.Tak ada jawapan yang tepat jika ditanya apa maknanya cantiknya seseorang itu.


Pada yang mengatakan yang dirinya tak cantik pada rupa,usahlah terlalu memikirkan apa yang orang kata.Kerana kita lebih tahu akan siapa kita yang sebenarnya.Bersyukur dengan apa yang ada dengan segala kurnia yang telah diberikan.Cantik pada luaran bukan menjadi satu ukuran dalam sebuah kehidupan.Seolah kecewa dengan diri yang tak seberapa,lemah tak bermaya tak mahu dicerca.


Andai mahukan cantik bermekap tebal segala dimuka,hanya sekadar satu pembaziran yang hanya sia-sia.Itu semua tak bermakna.Cantik datangnya dari diri,punya senyuman dengan ikhlasnya hati.Tanpa ada sifat dengki menyakiti,itulah cantik yang dicari.Basahkan muka dengan air wudhu yang ada,pasti naik seri cantik padanya wajahnya.Banyak caranya kalau mahukan cantik sebenarnya,bukan hanya sekadar paras rupa tapi juga datangnya dari hati.


Kalau cantik pada pandangan,banyak sangat menjadi perhatian pun tak bagus juga.Ada banyak mata yang melihat dengan pandangan yang jahat.Menimbulkan gejala fitnah sesama manusia.Biar kita hidup bersederhana,dengan apa yang ada.Cantiknya kita hanya pada pandangan sesama manusia,tapi pada yang Esa cantik akhlak tinggi martabatnya..

Sekadar renungan.

April 06, 2011

Bila Cinta...




Eh,macam tajuk lagu Lagenda Budak Setan jer?..Memang macam,tapi aku bukan nak ceritakan tentang lagu tema cerita tu pun.Tajuk jer sama,tapi jalan cerita aku nak kongsikan tak sama pun,hoho..


Bila kita sedang bercinta ni segalanya nampak indah dan terasa asyik sangat.Leka dengan indahnya cinta,hati dah ada yang sayang maka dah macam orang mabuk kepayang,hehe.Tak salah jika kita bercinta kerana itu satu fitrah semulajadi kita sebagai manusia ingin disayangi dan dicintai.Jangan cinta yang terlarang dahlah,eeuuww geli tu..hoho


Cerita ni tentang kita-kita.Tentang apa yang aku perhatikan dengan keadaan sekeliling walau tak semua yang buat macam tu.Cuma segelintir dari yang ada.Cinta tak kenal siapa pun,boleh terjadi pada kita semua.Tapi cinta biarlah lebih kepada berpada-pada.Berpesan kepada perempuan kalau bercinta,mahalkan diri tu.Jangan mudah terpedaya dengan kata cinta yang ada.Macam dalam entri aku sebelum ni pun ada ceritakan benda yang sama.


Kalau dalam masa tengah bercinta dosa hilang entah kemana.Lelaki kalau nak pegang tangan tu,cuba la marah-marahkan jugak dengan apa yang dah dibuat.Lelaki kalau dah bercouple ni,segala gatal dibadan keluar.Konon nak nampak romantik,pegang tangan sambil ungkap taat setia dalam bercinta,tu sebelum dapat apa yang diinginkan.Kalau dah dapat apa yang nak,ditinggalkan macam tu jer..

Bila bercinta ni,kita tak sedar sebab semuanya nampak indah.Kalau dah termakan dengan pujuk memujuk ni macam-macam boleh jadi.Dari mula pegang tangan,kemudian aksi yang lebih berani.Ingat dalam kita berdua-dua ada juga orang ketiga.Sayang dekat diri tu kalau benda yang tak elok berlaku,yang rugi nanti diri sendiri.Cinta boleh buat kita hilang waras untuk berfikir dengan sebaiknya.Nak menyesal pun dah tak guna.


Aku melihat pada keadaan sekeliling banyak yang jadi mangsa keadaan adalah perempuan,kerana cinta hilang segala.Malu keluarga yang ada kalau jadi benda tak elok.Setia seorang perempuan pada cintanya,tapi jangan terlebih-lebih.Tahu untuk menilai yang mana baik dan yang tidak.Jangan terlalu jadi hamba cinta sebab itu katanya nafsu.Kalau berfikir ikut katanya iman,tahu bezakan mana yang baik dan buruknya.

Aku bercerita sekadar untuk renungan,peringatan untuk diri aku jugak,sebagai manusia kita semua tak sempurna tapi tu bukan alasan untuk kita untuk terus leka dibuai kata cinta.Cinta sesama manusia,akan pudar ditelan masa.Cinta pada Yang Esa kekal abadi buat selamanya..

April 05, 2011

Bila Dah Cakap...

"Alah kalau aku buat jahat pun kau apa kisah?kalau aku mati pun kubur lain-lain kan?"

"Memang la kubur lain-lain der,aku cuma ingatkan kau je..Kalau kau tak nak dengar tak apa..Aku dah cakap kan.."

"Kalau ye pun kau susah apa?Aku buat dosa mati mati aku yang tanggung.."

"Memang la,dosa kau yang tanggung.Tapi kau kena ingat kalau kau mati nanti,siapa pulak nak mandikan kau kalau kau dah mati?"

Terkedu.....


Macam tu la bila ditegur bila dilarang untuk buat benda yang salah.Macam-macam jawapan yang dijawab semula.Orang tegur untuk kebaikan tapi nak naik angin satu badan.Ada jugak orang macam ni..*haish*


Hidup ni kata seorang kawan kena saling berpesan-pesan.Kalau dah nampak benda tu dah memang terang buat salah takkan nak sokong lagi apa yang dibuat.Faham,tak semua boleh terima apa yang kita nak katakan tapi kalau sebolehnya cuba dengan kata yang lembut dulu.Jangan terus marah macam tu jer,ye la hati ni kalau terus secara paksa bukan boleh terima apa yang dikata.


Jadi kena la cakap berlembut dulu,kalau dia tetap tak nak dengar apa yang kita cuba nak sampaikan terpulang sebabya kita dah cuba sampaikan apa yang nak dikatakan.Tapi tahu sebagai seorang manusia ni walau sekeras mana pun dia cuba degil tak nak dengar apa yang dikatakan,tapi dalam hatinya tetap rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.Tahu benda tu salah tapi kadang iman ni lemah dalam melarang benda yang salah dibuat

Aku bercerita dari pengalaman orang sekeliling aku.Aku pun kadang-kadang buat silap dan bila ditegur ada jugak egonya dalam diri yang tak suka ditegur orang lain.Aku pun bukan manusia yang sempurna,ada juga buat silapnya dan belajar untuk menerima kritikan yang datang untuk berubah kepada kebaikan..

April 04, 2011

Lelaki Kaki Pancing?..




Lelaki kaki pancing?apa benda la yang aku merepekkan ni?Adakah maknanya seorang lelaki yang hobinya suka memancing ikan diwaktu ada masa lapang?..


Berbalik kepada cerita lelaki kaki pancing ni,bukan itu yang aku nak sampaikan.Sebenarnya lelaki kaki pancing ni adalah seorang yang pandai berkata-kata dalam hal memujuk seorang wanita.Ayat semanis kata,pandai berjanji setia dalam bercinta.Janji sumpah setia untuk selamaya tapi kata hanya sekadar kata.


Eh aku kutuk kaum aku sendiri ke?tak.Bukan aku mengutuk kaum aku sendiri.Tak semua lelaki yang punya sifat macam tu.Ada juga lelaki yang kalau bercinta memang betul-betul setia.Kalau ada awek lawa melintas depan mata pun sanggup tak pandang,sebab apa?sebab setia pada kekasih yang ada.Cuma aku bercerita tentang golongan yang segenlintir ni,aku bercerita atas pengalaman orang disekeliling aku.

Kalau ada yang jenis senang dipujuk mesti senang-senang je masuk kail kaki pancing macam ni.Cuma berhati-hati dalam bercinta segala,jangan mudah termakan pujuk rayu orang lelaki.Lelaki sebegini kebanyakannya yang bercinta hanya sekadar suka-suka tanpa ada sebarang matlamat dan ikatan.Tidak suka dirinya dikongkong apa lagi jika sesuatu hubungan tu dibawa ke arah yang lebih serius.


Lelaki kalau sebelum dapat sesuatu berjanji akan sesuatu yang kadang dengar pada logik pun  macam tak logik pun ada.Mana taknya,sumpah setia walau lautan api pun sanggup nak diredah.Cehhh!mana ada lautan api,sebab tu la berani cakap jer lebih,kalau betul ada lautan api dah confirmlah lebur dalamnya.Tak sempat nak pergi berenang ke apa.

Pada wanita,jangan mudah dipujuk rayu bagai.Kena ada juga sikap tegas dalam diri tu,tau bezakan mana yang baik dan mana yang tak.Bercinta sememangnya indah,tapi jangan sampai terlebih sudah.Perpada-pada apabila bercinta jangan gadai maruah yang ada.
Pada lelaki,jangan sakiti hati perempuan itu dengan nak mainkan perasaan.Harus diingatkan apa yang terjadi pasti ada balasan,mungkin bukan kini.Tapi disana adalah pasti.Renungan untuk diri sendiri jugak..

April 02, 2011

Kebahagiaan Yang Dicari..




"Dah besar nanti kamu nak jadi apa?"
"Nanti dah besar saya nak jadi orang kaya cikgu"

Kelas pun ketawa dengan jawapan yang didengar..

Teringat balik masa aku kecil dulu,itulah jawapan yang diberikan pada soalan ditanya pada aku.Jawapan yang mengikut pada akal seorang anak kecil diwaktu tadika.Antara cita dan impian yang tak tahu aku nak bezakan.Indah sungguh ketika itu,melihat dunia dari sudut berbeza dari pemikiran seorang kanak-kanak.

Tak semua dari kita yang beruntung kerana dilahirkan dalam serba ada.Pada yang kurang berada pasti ada impian untuk menjadi orang kaya yang ada wang nilainya berjuta.Begitu juga aku,punya impian yang semacam itu dalam mengejar kesenangan di dunia tika kecil dulu.Tapi aku juga bersyukur sebenarnya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana,dengan kesederhanaan itu aku belajar mengenal erti kesusahan mencapai apa yang diinginkan.

Teringat aku pada pesan seorang tua,punya harta banyak bernilai kesemuanya.Merendah diri dalam segala cara,mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa kenal kedudukan setiap insan.Miskin atau kaya baginya semua orang adalah sama.Baginya nilai kekayaan yang ada tidak bermakna jika hidup tidak bahagia.Hidupnya sentiasa dalam kesepian dan sering keseorangan sehingga akhirnya dia di dunia ini.


Benar jika kita punya harta walau banyak mana pun,ada juga yang tidak mampu untuk kita miliki.Ketenangan dan kebahagiaan yang dicari itu adalah sesuatu yang tak mampu dijual beli.Pesannya sebelum pergi,usah terlalu mengejar duniawi mencari apa yang ada disini hanya satu pinjaman.Apa yang diungkapkan tetap dalam ingatan dijadikan satu pengajaran dalam kehidupan..



April 01, 2011

Setia Chentaku



"Awak janji yer jangan tinggalkan saya,setia dengan saya sampai bila-bila.."

Berbagai kisah duka bila bercinta ni aku dah dengar dan dikongsi oleh rakan-rakan aku yang lain.Berharap agar perhubungan yang ada akan kekal sampai ke jinjang pelamin dengan pasangan masing-masing.Namun segala yang dirancang tidak menjadi,ikatan yang ada bagai putus ditengah jalan.
 

Dengan peristiwa sebegini membuatkan rasa seolah tidak yakin lagi untuk bercinta lagi,dan lebih selesa dengan sekadar kawan sahaja.Seolah berhenti berharap dengan soal hati dan perasaan.Aku faham kerana aku juga merasa apa yang dirasa,apa yang diimpikan tak kesampaian.Tapi jangan terlalu kecewa dengan apa yang pernah berlaku.


Ada rakan yang seolah menutup terus untuk bercinta lagi,sikap yang dulu lain kini kian berubah.Dengan wataknya dulu adalah seorang yang mudah mesra dengan sesiapa tapi kini agak dingin dengan orang disekelilingnya.Kecewa yang dirasa masih terbawa-bawa dan seolah tidak percaya lagi dengan sesiapa,lebih lagi bila bercakap soal tentang hati.

Usah takut mencuba lagi,jangan terlalu terkenang akan kisah yang silam.Bukan segala yang terjadi adalah satu mimpi yng ngeri,ada juga kenangan manis dalam hati walau cuma secebis memori.Beri peluang pada hati untuk bercinta lagi,jangan pendamkan akan rasa benci dalam diri.Terus menghukum seseorang dengan samakan dengan apa yang dah berlaku.Itu adalah kisah dulu,perjalanan masih jauh untuk ditempuh.


Pada yang memberi,jangan sakiti hati itu lagi.Kerana apabila hati pernah terluka,agak sukar untuk belajar menerima..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates