April 26, 2011

Dari Kerana Mata..




Kata orang dari mata turun ke hati,dari hati pula berputiklah cinta.Hati berdebar-debar bila mata bertentang mata,inikah cinta pandang pertama?..Oppss!tapi bukan cerita tu aku nak sampaikan,asyik cerita cinta hati bunga-bunga..euwww,hehe..

Berbalik pada tajuk entri "dari kerana mata".Mata,adalah salah satu anugerah nikmat yang Allah dah berikan pada kita.Anugerah yang sangat berharga dalam kehidupan.Melihat alam yang terbentang luas,alam ciptaanNya untuk kita hayati.Membuat kita berfikir dan mengkaji dari setiap apa yang berlaku.


Tapi ada juga yang salah guna nikmat yang Allah dah bagi pada kita.Seakan diri tak bersyukur dengan pemberian yang ada.Sebab apa,ada yang melihat benda yang tak sepatutnya.Tak kira siapa,baik lelaki mahupun wanita,perlu menjaga pandangan mata kita.Apa yang telah diberikan sekadar hanya pinjaman.


Aku pun tak sempurna,cuma manusia biasa yang selalu buat silap.Tapi itu bukan alasan untuk selalu melakukan kesilapan,sebab kita diberi akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.Bagi lelaki kadang suka melihat benda yang tak elok,contoh tengok ada perempuan lawa yang pakai seksi sikit mesti tak berklelip mata dibuatnya.


"Rezeki depan mata siapa yang tak tengok kan?tipu kalau kata tak tengok.."



Betul,kalau yang terpandang secara tak sengaja tak apa,tapi bukan dengan pandangan yang kedua dan seterusnya.Bukan aku nak cerita tentang keburukan lelaki,tapi sekadar bercerita.Sebab dalam  al-Quran pun ada mengingatkan kita agar menjaga pandangan dan kemaluan,berpesan pada lelaki dan wanita.Dah terang dan nyata apa yang dikata agar memelihara setiap dari pandangan kita.


Aku sekadar bercerita,sebab sekarang aku tengok fesyen yang ada sekarang macam pelik pun ada.Mungkin aku ni buta dengan fesyen ni semua,tapi buat kaum wanita pun sama kena beringat.Tak salah kalau nak berfesyen segala,tapi jagalah auratnya juga.Nak salah lelaki pun tak boleh juga,sama-sama kita.

 Wanita pun kena jaga pandangan juga,bukan boleh tengok semua benda.Kalau ada abang yang badan berketul atau yang handsome pandangan tak berkelip.Bukan salah cuma kalau boleh tundukkan pandangan,agar tak mendatangkan fitnah.


Berpesan juga pada diri dan sesama kita.Selagi anugerah yang diberi masih ada,gunakan dengan sebaiknya.Jangan kufur nikmat yang diberi,takut nanti ditarik kembali..

13 comments:

Alya Esprézzo™ said... BALAS

cakk cakk..hehe blogwalking dari kelab blogger abg ben ! jom vote abg ben kat sini :)

http://alyaesprezzo.blogspot.com/2011/04/vote-ben-ashaari.html

Miss Shikio said... BALAS

orang yang buta adalah orang yang mulia kerana tidak ada dosa penglihatan

^______^

aiEz said... BALAS

alya-err,hee..jom2 kiter..

jue-yup,tak melihat bnda yg terlarang..yang celik tak hargai apa yang ada..^^

Farhana Jafri said... BALAS

hahaha ayat my dad tu! rezeki ad dpan mata tgk je la.. hehe tp dy xwt pon.. yupp! jaga la pndangan mata tu sbb laki jatuh cnta mlalui mata.. don't wrry.. xd istilah out of fshion.. skrg ni mnusia dh rmai yg jdi mngsa fshion.. hope kita xtrgolong dlam tu la ye!

jemput singgah ANASAURUS :)

aiEz said... BALAS

farhana-err,hehe..sama la,kawan pun ada cakap macam tu jugak.setuju,betul sangat tu..yup,sama2 la kita berpesan2..^^

Clarisse Teagen said... BALAS

Hey, I'm not good in malay, but i'm really liking that picture of the girl there. Did you take the photo?

aiEz said... BALAS

Clarisse-er,no la..picture from google..^^

anismelon said... BALAS

wahwah..so jage la mate kamoo wahai lelaki...weee..:)

Siti Safiyyah said... BALAS

baik lelaki atau perempuan, same2 kene pandai jaga diri masing2.. tersalah pakai, tergadai semuanya. peringatan utk ss jugak. :)

aiEz said... BALAS

anis-sama2 kita lelaki n perempuan..^^

siti-yup,betul tu..berpesan sesama kita,beringat sebelum kena..^^

zhrhtoodem said... BALAS

betul2. setuju. marilah kita upgrade iman masing2

aiEz said... BALAS

zara-selagi masa masih ada..^^,perbaiki diri sama2 kita..

Unknown said... BALAS

mnjaga pandangan dan kemaluan....skrg ni rmai yg dh xthu smua 2...apa yg pnting,keseronokan dunia je....smalah kta menuju ke arah perubahan....:)

Free Blog Theme and Templates