April 18, 2011

Kau,Aku,Dia dan Mereka,Berbezakah?...




Dalam dunia ni bermacam jenis manusia yang boleh kita jumpa,dengan pelbagai budaya,bahasa dan agama.Dengan kulitnya yang bermacam-macam,ada yang berkulit putih gebu,kuning langsat dan ada jugak yang berkulit hitam manis.

Betapa hebatnya alam ciptaanNya,mencipta kita dengan pelbagai sifat dan berbagai kaum yang berbeza.Dan semestinya punya sebab yang tersendiri untuk kita cari.Tapi dalam kepelbagaiannya kita tu,ada juga manusia yang suka membeza-bezakan manusia yang lain.Dengan hidupnya suka meninggi diri,menilai manusia dari segi luaran dan bukan dengan dari hatinya.Memandang orang lain dengan hanya pandangan sebelah mata.
 

Berbezakah kita?memandang orang lain dengan pandangan yang hina.Hinakah manusia itu bila tak punya harta yang banyak?miskin harta didunia.Kenapa perlu ada sifat meninggi diri?Sedangkan kita hidup dan berkongsi dunia yang sama.Bezanya kita kerana harta dan pangkatnya,itu hanya didunia.

Apa yang membezakan kita dalam hidup ni,itu adalah rezeki masing-masing yang telah diberi.Untuk menguji kita agar tak terlalu meninggi diri dan lupakan pada yang lain.Pada yang tak punya harta jugak tak apa,Allah menguji untuk melihat sejauh mana kita mampu berusaha untuk berjaya.Kita sebenarnya adalah sama dimataNya.Bukan harta jadi ukuran,tapi yang membezakan kita bergantung pada amalan untuk dijadikan bekalan untuk disana.

Tak perlu untuk meninggi diri kerana kau,aku,dia dan mereka adalah sama,Tak ada apa yang beza.Sekadar berpesan pada diri yang kadang terleka dengan apa yang ada.Leka dengan dunia yang hanya sebentar cuma..

5 comments:

Anonymous said... BALAS

bnyk sgt pngalaman idop....ak btl2 rasakn makna putaran roda....."kita tak selamanya di atas".....so..hidup mesti beringat..... - Amin Ax

aiEz said... BALAS

amin-betul tu,kita xselalunya kat atas,bila dah terlalu tinggi hidup kat ats xtengok lg kat bwh..jd lupa dan leka dgn apa yg ada..

zacky786 said... BALAS

btol laa..~ :)

Anonymous said... BALAS

kite jgn lupe sgla ape d dunia ini hanya pinjaman smntra kpd kite..setiap rezeki yg d beri d gunakn dgn sbaik mungkin...jgn sombong,jgn bangga diri @ memandang serong pd org len sklipun kite sdh m'capai 1 tahap kejayaan yg mungkin org len tdk merasainye...krn mungkin 1 masa sgla rezeki itu akn d tarik smula olehnYa..b'syukur dgn kurniaan yg tlh d beri..dan terus berusaha & berdoa m'jd hamba ALLAH yg lbh baik....-fira-

aiEz said... BALAS

zacky-^^

fira-yup betul tu..seeloknya jgn kita lupa kalau kita dah ada rezeki yg lebih dan ingat rezeki tu dtg dr mana..hidup kita masing2 dah tertulis dgn rezeki masing2..bersyukur dgn apa yg ada...^^

Free Blog Theme and Templates