"Awak janji yer jangan tinggalkan saya,setia dengan saya sampai bila-bila.."
Berbagai kisah duka bila bercinta ni aku dah dengar dan dikongsi oleh rakan-rakan aku yang lain.Berharap agar perhubungan yang ada akan kekal sampai ke jinjang pelamin dengan pasangan masing-masing.Namun segala yang dirancang tidak menjadi,ikatan yang ada bagai putus ditengah jalan.
Dengan peristiwa sebegini membuatkan rasa seolah tidak yakin lagi untuk bercinta lagi,dan lebih selesa dengan sekadar kawan sahaja.Seolah berhenti berharap dengan soal hati dan perasaan.Aku faham kerana aku juga merasa apa yang dirasa,apa yang diimpikan tak kesampaian.Tapi jangan terlalu kecewa dengan apa yang pernah berlaku.
Ada rakan yang seolah menutup terus untuk bercinta lagi,sikap yang dulu lain kini kian berubah.Dengan wataknya dulu adalah seorang yang mudah mesra dengan sesiapa tapi kini agak dingin dengan orang disekelilingnya.Kecewa yang dirasa masih terbawa-bawa dan seolah tidak percaya lagi dengan sesiapa,lebih lagi bila bercakap soal tentang hati.
Usah takut mencuba lagi,jangan terlalu terkenang akan kisah yang silam.Bukan segala yang terjadi adalah satu mimpi yng ngeri,ada juga kenangan manis dalam hati walau cuma secebis memori.Beri peluang pada hati untuk bercinta lagi,jangan pendamkan akan rasa benci dalam diri.Terus menghukum seseorang dengan samakan dengan apa yang dah berlaku.Itu adalah kisah dulu,perjalanan masih jauh untuk ditempuh.
Pada yang memberi,jangan sakiti hati itu lagi.Kerana apabila hati pernah terluka,agak sukar untuk belajar menerima..
7 comments:
wahhhh ~
setuju :) kdg2 ssorg tu rse tkot utk bcinta lg bile pnh dkcewakan. smoga sspe yg pnh kcewa tu ttp trus tabah :) suke post ni :D
anony-^^,
ninjakecik-betul tu,mmg takut utk kcewa utk kli kedua,papepn yng terjadi ada hikmahnya..terima kasih ninjakecik..^^.
dah rasa. sakit sangat.. 1st love menyakitkan. xnak bercinta! kawin terus! haha gatalnye aku. study2 hard 1st.
amboi bkn main lg bjnji sakan... mcm la qada' dn qadar tu dia yg uruskan...tu sbbnye kna byk2 bdoa krn doa tu snjata para mukmin...
NuruL aTikah-1st love mmg sukar nk lupa,fhm sgt cmne asenye..haha,bgus2 stdy dlu cnta kmudian..^^
Aunty nita-aduh2,kita merancang tuhan penentu segala,yup tu xkan lupa..Kita dah usaha,apa yg diusahakan itu jugak kita akn dpt..^^
Post a Comment