Si ibu memarahi anakya,kerana sudah sampai masa dalam mengerjakan kewajipannya.Si anak terus leka dan terus lalai akan urusan dunia.Azan sudah lama berkumandang tanda menyahut seruan Ilahi.Anak terus leka dengan duniawi mengadap di hadapan tv.
Telefon berbunyi di sisi,si anak menjawab dengan hati yang gembira,pelan yang dihajati menjadi juga,Si anak keluar dari rumah tanpa meminta izin dari ibunya.Melihat ragam anaknya,si ibu mula bertanya hendak berjalan keluar kemana.Anak menjawab pergi ke rumah rakan sebentar cuma,tapi hal lain yang dirancangkan.Keluar bersuka-suka gembira bersama rakannya menghabiskan masa usia remaja.Si anak lebih mengikut kata dari rakan,dari kata ibu yang melahirkan.
Bukan kerana manja hendak diberitahu hendak kemana segala,tapi doa restu ibu amat perlu dalam kehidupan seorang anak.Si ibu seakan tidak merelakannya kerana menduga akan sesuatu yang tidak kena.Namun si anak berdegil juga,berkata tahu menjaga diri walau kemana sahaja.Melawan apa yang si ibu sampaikan.Si ibu mengalah namun masih riak wajah seakan menduga sesuatu bakal menimpa.
Benarlah firasat akan si ibu tadi,mendapat berita anaknya kini ditimpa musibah.Begitu gusar akan perasaan si ibu mendapat berita akan anaknya.Hati seorang ibu begitu mengambil berat perihal anaknya.Kasih si ibu begitu besar,menangis melihat anaknya kini sudah terlantar dalam keadaan tidak berdaya.
Si anak tadi sebelum pergi masih belum menunaikan kewajipan pada Ilahi,bersalah pada ibu kerana masih belum sempat meminta maaf akan segala dosa yang ada.Kerana selalu membuat hati si ibu asyik terluka.Pada Ilahi begitu besar akan dosa meninggalkan segala suruhanNya.
Syukur umurnya masih panjang,sebelum maut datang menjemput.Anaknya sedar dari keadaan yang menimpa,menyesali akan silapnya diri.Melakukan dosa pada ibunya sendiri,dan melanggar janji pada Ilahi sebelum berada di dunia ini.Yakni melakukan apa yang diperintahkan pada kita sebagai seorang hambaNya.Si anak diberi peluang kedua agar dapat menebus segala dosa,sebelum segalanya datang dan tiba dan terlambat untuk semuanya.Perbaiki dimana kesilapan yang ada dalam kehidupan seorang manusia bernama insan.
2 comments:
nice entry bro..sodap di bca..
Syafiq Rosli-thx bro..^^,harap tnjuk ajar..
Post a Comment