March 28, 2011

Jadi Diri Sendiri..




"Awakkan kalau pakai cermin mata mesti smartkan,suka tengok orang yang pakai cermin mata,lepas tu awak buat gaya rambut macam ni pulak,saya suka tengok.."


Maka bersusah payah la si kekasih hati ni tadi membuat apa yang diperlukan oleh pasangannya.Tak tahu pakai cermin mata pun belajar lah untuk memakai cermin mata.Pergi cari dekat kedai cermin mata kot ada jual cermin mata yang tak ada power.Sanggup perhabis wang segala semata-mata nak bagi si dia sayang kat kita.Buat apa yang diminta,janji nampak cantik dimata dia.

Kenapa nak jadi orang lain,kalau sekadar untuk mengambil hati?berpura-pura diri selesa sedangkan diri seakan meronta-ronta kata tak suka.Kan elok jadi diri sendiri dari menipu segala.Menjadi diri sendiri adalah lebih baik dari menjadi orang lain.Jika hati kata tak selesa berterus terang kata tak selesa.Dari situ dapat menilai dia dapat menerima kita dengan adanya,tak perlu mengubah seseorang menjadi yang bukan dirinya.


Jika benar ingin menjaga hati membuat dia berasa gembira bila disisi,jangan memaksa diri.Bercerita aku satu pengalaman tentang adanya seorang teman.Bila bercinta ikut segala apa yang diminta oleh pasangannya,sayangnya tidak berpada-pada.Kekasih hati meminta pasangan mengubah penampilan diri,menjadi apa yang diingini.Kata suka itu dan suka ini,lebih suka jika pasangan rupa begini.Sampai rambut fesyen macam mana pun kena ikut segala.Ikutlah jugak apa yang diminta.Sebab kekasih hati yang minta


Bila sudah lama,bertanya kenapa perlu ubah seperti apa yang diminta,rupanya nak bagi sama dengan bekas kekasih lama.Pasangan tak dapat menerima diri seadanya,dengan rupa dan gaya yang ada.Mengubah supaya nampak sama dengan kekasih hati,sampai diri sendiri  pun tak tahu nak buat keputusan sendiri.Sayang pun biarlah berpada-pada,jangan semua setuju segala.

7 comments:

Ronaldmohoni said... BALAS

betul. biarlah kita menjadi diri sendir.

aiEz said... BALAS

Ronaldmohoni-yup,itu yang terbaik.. ^^

Awan Biru said... BALAS

Tak patu, tak patut. Penampilan tak pentingkan. Yang penting adalah hati. Ada jugak mamat cool tapi jahat.

bila blog bercerita said... BALAS

law ikhlas syg psgn, xprlu ubah pape...
trime jep lah seadenye...cbe untok slg mlengkapi, bukn tok mngubah spt yg d ingini...

aiEz said... BALAS

awan-hoho..

bila blog bercerita-yup itu yang sebaiknya,baik bruk pn pasangan kita ttp trime dgn hati terbuka,saling menyokong satu sama lain..^^

Glo-w~* said... BALAS

agree! should love the person as he/she is! be the ori! not the copy ^^

aiEz said... BALAS

Glo-w~-betul tu...^^

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates