Assalamualaikum dan salam sejahtera..^^
Kita belajar dari masa lalu,yang banyak mengajar akan erti sebuah kehidupan.Dalam mencari sebuah kehidupan,banyak perlu kita lalui.Pelbagai cabaran dan dugaan yang datang menguji tahap iman di dada untuk menilai betapa kuatnya kita dalam menghadapi dalam sesuatu kesulitan.
Aku juga pernah melalui saat semacam itu,saat aku terjatuh,aku seakan tak terdaya untuk bangun dan berdiri semula.Sakitnya akan rasa itu membuatkan aku takut melangkah lagi.Tapi saat aku takut untuk melangkah itu,ada yang datang memberi galakan dan kata semangat untuk teruskan perjalanan yang ditempuhi.Melangkah dengan berani tanpa takut untuk jatuh lagi.Aku terus melangkah tanpa perlu menoleh kebelakang lagi.
Sekali kita membuat silap dalam kehidupan ini,maka selepas ini akan lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu langkah,jangan terlalu mudah untuk mengalah seolah-olah hatinya patah takut terjadi benda yang sama.Sebagai manusia tak akan lari dari membuat kesilapan,namun kesilapan juga yang mengajar kita erti hidup ini.
Harus diingatkan kita bukan insan yang lemah yang hanya mudah mengaku kalah,jadi insan yang berani untuk tempuh esok hari.Seperti yang aku pernah cakap sebelum ni,yang terjadi tetap kan terjadi.Namun jangan terlalu mudah untuk pasrah kerana kita diberi kemampuan untuk mencuba lagi.Kuatkan hati tabahkan diri.
6 comments:
saya datang ni.. =)
hidup penuh cabaran, kuatkan iman..semoga tabah tempuhi semua cabaran =) sayang pada Allah , allah sayang pada kita..
nurul-selamat datang..^^,yup betul tu..sebarang dugaaan dan cabaran pun datang dariNya,untuk menguji iman kita jugak,betapa tabahnya kita..Allah selalu dengan kita tempat kita mengadu,jgn lupa tu..^^
T_T
dayah-err anda sangat kuat anda perlu menjadi seorang yg tabah..
betol3x...
follow my blog k..
sayangcoco.blogspot.com
thanx
fiq-selamat datang..^^
Post a Comment