"Saya tak cantik la awak,saya ni tak sempurna dan banyak kekurangannya.Banyak lagi perempuan yang cantik di luar sana untuk awak jadikan pilihan hati selain dari saya"kata si Dara.Uda membalas "Saya pun punya kekurangan jugak awak,saya terima awak dengan seadanya"..Wah seronoknya,akhirnya mereka hidup bahagia..*hoho*
Dalam mencari kesempurnaan,sempurna ker kita nak dapat yang elok-elok jer?Hebatkah diri,seakan diri bak putera yang punya segala?Andai kata diri ada kelebihan rupa,hargailah apa yang ada sementara ada,jika diri dimamah usia semuanya akan pudar dengan menjelang tua.Jika diri punya harta segala,manfaatkan untuk hikmah bersama.Semua sekadar pinjaman sementara,usah lalai dan leka dibuai dengan nikmat dunia.
Setiap manusia dilahirkan dengan keunikan tersendiri,sifat semulajadi yang ada dalam seseorang yang tanpa sedari menambat hati pada yang mencari.Kat mana yang uniknya seseorang tu?yang tu terpulang akan pandangan individu itu tersendiri dalam menilai seseorang.Ada yang sukakan seseorang mungkin kerana senyumannya,dari caranya atau mungkin kerana apa yang ada pada diri orang tu sendiri.
Mencari kesempurnaan dalam memilih pasangan memang korang takkan jumpa.Takkan ada manusia yang sempurna dirinya.Bukan luaran yang jadi ukuran dalam memilih pasangan,tapi keikhlasan juga harus ada.Keikhlasan dalam menerima akan seseorang itu adalah lebih baik.
4 comments:
yes2, saye setuju...tapi kdg2 tu sbb rase terlalu byk kelemahan diri, rase xyakin ntuk terime org..~
PinkLuscious-terkadang diri pun rasa macam tu,tapi dalam kelemahannya diri ada sesutu yg kita xsedar tp owg lain nmpak akn sesuatu akan dri kita..yakin pd diri..^^
"Saya tak cantik la awak,saya ni tak sempurna dan banyak kekurangannya.Banyak lagi perempuan yang cantik di luar sana untuk awak jadikan pilihan hati selain dari saya"....hahahaha ayt paling pemes yg sllu kite ckp gan peminat ^_^"
gadis biasa-wah hot ler awk ni eh?cm da biasa guna jer ayt tu..hoho..^^,
Post a Comment