March 05, 2011

Hargai Apa Yang Ada



Manusia selalunya kalau ada sesuatu yang didepan mata jarang sangat menghargainya..Bila sesuatu itu tu dah tak ada,baru la nak terhegeh-hegeh nak mencari menyesal dengan apa yang dah dibuat..Oh tidak,agak terlewat disitu.,aku pernah merasa perasaan itu.


Peluang yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan sepenuhnya..Aku pernah merasa saat kehilangan dan merasa sangat sakit akan perasaan itu,apa yang ada diabaikan tanpa memikirkan impak yang akan terjadi selepas itu..Menyesal untuk sesuatu yang perkara dah tak ada gunanya,kerana semuanya dah terlambat.Pesan seorang sahabat "jangan dikenang cerita yang lalu,mungkin itu adalah keputusan yang terbaik yang kamu fikirkan dan buat diwaktu itu,apa yang bakal terjadi kamu tak tahu,.Ada hikmah disebalik itu"..Berfikir sejenak akan benarnya kata sahabat aku itu,mungkin dulu aku belum matang dalam membuat sesuatu keputusan waktu itu.Aku akui itu.


Apa yang terjadi tetap akan terjadi,aku ingat pesan kamu itu.Kini aku lebih menghargai dengan apa yang aku ada.Setiap saat dan ketika yang berlaku,sangat aku hargai.Tanpa sahabat disisi aku takkan setabah ini dalam apa yang aku lakukan.Terima kasih buat kamu sahabat..

2 comments:

Anonymous said... BALAS

mcm kenal je ayat "jangan dikenang cerita yang lalu,mungkin itu adalah keputusan yang terbaik yang kamu fikirkan dan buat diwaktu itu,apa yang bakal terjadi kamu tak tahu,.Ada hikmah disebalik itu"..tu..hoho

aiEz said... BALAS

amony-macam kenal la pulak anda yg bg komen ni,adoih..

Free Blog Theme and Templates