March 30, 2011

Kehidupan..






Berbagai ragam manusia yang aku dah jumpa,dengan pelbagai kerenah yang ada.Ada yang katanya cakap tak serupa dengan apa yang dikata.Kadang ada yang sekadar kata bermuka-muka,namun walau berbagai manusia yang aku jumpa itulah yang telah mencorakkan hari-hari aku dalam kehidupan yang ada sekarang.

Kisah kehidupan aku yang kadang ada kalanya masanya suram dan kelam,namun aku tahu walau sesukar mana pun yang aku tempuh masih ada lagi yang insan lain yang sukar dalam hadapi harinya.Bukan aku sahaja yang ada di dunia yang fana ini,tapi begini la kehidupan.Melihat akan tahunya kita dalam menghargai erti sebuah kehidupan yang sekadar pinjaman.

Dengan kehidupan yang bermasyarakat,masih ada yang tidak senang melihat akan keselesaan orang lain.Mencari satu kesalahan demi kesalahan akan orang lain.Semua yang dilakukan serba tak kena walau tidak membuat salah apa.Masih ada yang punya sifat dengki melihat kejatuhan orang lain.Apa yang dikatakan bagi aku pedulikan saja sebab itu hanya melemahkan.

Bagi aku,walau apa yang dilakukan betul dan tak bertentangan dengan apa yang dilakukan,teruskan dengan apa yang hendak dilakukan.Biar apa pada orang yang mengata,buktikan kemampuan yang ada.Capai apa yang dicita,dengan keringat yang ada.Bukan saling menjatuhkan orang lain dengan kata yang tidak membina.

Itulah sebenar-benar kehidupan yang mencorakkan perjalanan hidup yang ada sekarang.Walau sesukar mana pun halangan,tetap juga ditempuh.Moga hari-hari yang mendatang mematangkan aku dalam membuat sesuatu pilihan yang terbaik untuk masa depan.InsyaAllah

6 comments:

Elie Lily said... BALAS

betul! yg penting kita sendiri tahu apa yg kita buat tu betul atau salah! :

aiEz said... BALAS

little cart00n-asal tak bertentangan dgn apa yg kita pegang selama ni..^^

gadis_biasa said... BALAS

begitulh kehidupan,,erm,,,

aiEz said... BALAS

gadis-penuh dengan ragam manusia..^^

Farid said... BALAS

Cuba dengar lagu "kehidupan" yang dinyanyikan The ZIkr atau pun Nazrey Johani (Raihan). Perhatikan liriknya mengenai kehidupan. Sesuai jadikan isinya sebagai tauladan dan panduan.
Sedikit pandangan penulis blog Minda Insan. Terima kasih.

aiEz said... BALAS

terima kasih farid atas pendapat dan komen yang dikongsi..^^

Free Blog Theme and Templates