March 20, 2011

Takut Untuk Berkata?Cuba Dulu




"Aku sukakan dia,tapi aku tak berani la nak luahkan dekat dia.Nanti buatnya kena reject buat malu jer..Pendamkan ajer lah"

Soal perasaan ni bukan boleh nak di duga,datang secara tiba-tiba.Niat dihati takut nak bercinta lagi.Tapi kalau dah namanya pun manusia takkan dapat lari dari perasaan ni,kerana kita dah diciptakan berpasang-pasangan.Kalau dah namanya jodoh satu ketika pasti akan tiba juga,cuma beza cepat atau lambat sahaja.


Berbalik pada cerita,pernah tak berada dalam situasi diatas?sukakan akan seseorang dan tak berani untuk meluahkan akan perasaan yang terpendam.Rasa kasih pada si dia tapi mulut seakan tidak berani untuk menyampaikan apa yang hendak dikatakan.Alasan takut kena reject,ye la malu la kan kalau kena reject.Lepas dah cakap tu confirm la lepas ni dah macam orang asing jer.Dengan rasa segan segala bila berjumpa.


Tapi cuba beranikan diri untuk mencuba,tak salahkan sekiranya mencuba sesuatu sebelum membuat andaian yang tersendiri.Dari mengarut fikir yang bukan-bukan cuba untuk luahkan.Sekurangnya bila sudah luahkan apa yang terpendam si dia akan tahu akan perasaan kita padanya.Mungkin penerimaannya si dia akan terkejut,atau mengatakan yang kita sekadar bergurau.Namun jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan pasti membuatkan si dia berfikir akan apa yang telah dikatakan.


Jangan takut sekiranya diri di'reject'.mencuba apa yang terdaya.Teringat akan kisah seorang teman,sebelum diluahkan berbagai andaian yang difikirkan.Mengalah sebelum mencuba,takut akan kisah silam segala.andai diri benar ikhlas,InsyaAllah jalan pasti ada.

Sekiranya si dia menolak kita,tidak apa.Sekurangnya sudah mencuba.hormati akan keputusan yang diminta,jangan memaksa atau apa.Kerana cinta yang hadir tidak boleh dipaksa,hadir secara rela.Sekiranya menerima dalam terpaksa,kan haru pulak jadinya.Berkawan dengannya,walau tak pernah untuk meliki tapi tetap ada disisi sebagai teman sejati.



9 comments:

labu said... BALAS

macamne kalo dye reject tambah2 kite ni pempuan..siapela kite ni utk die trime..insan yg byk kelemahan...=(

aiEz said... BALAS

ain-ain kiter semua tak sempurna..kisah kiter sama jer..tapi sekurangnya diri dah mencuba,dan cuba ayt akhir..walau tak pernah memiliki tapi jd sbgai kawan pn da ok..ader time sama2 memerlukan..^^

labu said... BALAS

sedih..ak xberani,sbb ak tau jwpn dye..huu

aiEz said... BALAS

ain-xmo sdeyh2 k..skurangnya masih berhubung kan?ttp jd kwn sekiranya dia menolak apa yg kita cba sampaikan..

Anonymous said... BALAS

Tak tahu nak tujukan pada siapa.
Awan lebih suka guna pendekatan kawan dahulu sebab lama-lama boleh usha.

aiEz said... BALAS

awan-yup salah satu pendekatan yg baik..apa2 pn setiap prhubungan mmg dimulakan dengan kawan..rasa serasi utk brsama,peringkat seterusnya..^^

Anonymous said... BALAS

ni ap korang cete ak xthu.. senang je terus terang dan bgi mse,,, jgn mgharap kan ...

aiEz said... BALAS

anony-hoho..berterus trg,btol sekurang dia dah twu,klu xdpt trime pn ttp jd kwn..^^

siti aqilah said... BALAS

im sorry becoz late bace komen u. x perasan, :) woahh ! ini bagi semangat, haha. ayat atas tu macam kenal, haha. ok, i dah try nak ckp, tp... x boleh laaa ! takut la weyh ! grr

Free Blog Theme and Templates