March 31, 2011

Perigi Cari Timba?..




Perigi cari timba?macam mana la pulak perigi yang duduk setempat tu boleh pulak berjalan mencari timba?bergerak sendirikah?hoho..

Bukan itu yang dimaksudkan dengan perigi mencari timba,tapi cerita tentang seorang perempuan mencari seorang lelaki,ala kira macam perempuan ambil langkah berani dulu la..Sebabnya dah lama sangat mengharap pada yang sudi,tapi si lelaki masih tak ada sebarang reaksi.Malu mungkin?Tak ada salahnya jika seorang perempuan tu mengambil jalan sebegitu,bukan la dengan cara yang terus menerus tanya"awak suka saya tak?"kalau aku kena macam tu seriau jugak aku dibuatnya,hehe..


Tapi dengan cara dan tingkah laku yang lebih kepada memberi peluang pada si lelaki untuk mencuba pada dirinya.Yela,kalau diikutkan rasa malu la jugak perempuan nak cari lelaki pulak.Tapi zaman juga sudah berubah,dan apa yang terjadi mungkin sudah dianggap biasa.Biasanya benda ni kalau pihak si lelaki agak slow dalam hal-hal perasaan ni,jadi si perempuan beralah dan bukakan peluang pada si lelaki ni dalam hal sebegini.


Ada cerita dari seorang rakan,ada seorang perempuan yang berani untuk mencuba langkah sebegini,diberi peluang untuk mengenali diri.Siap bagi nombor telefon sekali,tapi mungkin kerana rakan ini belum sedia maka tak ada sebarang susulan yang terjadi.Mungkin nampak agak berani dengan cara yang sebegitu,namun tak salah jika mencuba.

Dengan zaman kian berubah walau dengan apa caranya pun,segalanya harus dijaga.Selagi tidak bertentangan dengan agama,tidak salah jika mencuba..Nak seribu daya tak nak seribu dalih,yang penting kena ada usaha..^^

March 30, 2011

Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong






Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,hehe..

Sebuah entri khas*wah entri khas,hehe* yang aku buat untuk malam ni.Sebab apa aku buat entri ni?sebabnya incik Bangku Kosong telah sudi berkongsi trafik dengan orang yang join bloglist yang telah diadakan..

Pertama kali sebenarnya join benda-benda macam ni,setelah sebulan lebih aku berblog ni..Alhamdullillah,dengan tempoh sepanjang yang ada ni,follower aku pun dah mencapai angka 100.Terima kasih sangat pada korang yang sudi singgah kat blog ni.Sangat-sangat aku hargai,sekurangnya apa yang aku ceritakan dan sampaikan ada yang membacanya.Tak lupa jugak pada rakan-rakan yang banyak bagi sokongan dan tunjuk ajar pada aku yang masih baru dengan dunia blogging ni.Dengan adanya blog ni jugak aku dapat kenal dengan kawan-kawan baru.Harap dengan aku join ni dapatlah aku kenal kawan-kawan baru yang lain nanti dan beri tunjuk ajar pada aku.Dan komen-komen yang akan diberikan membolehkan aku perbaiki yang mana ada kekurangan...^^

Nak Merajuklah...





Lelaki tak boleh nak merajuk eh?ye la nampak buruk bila merajuk..nanti muka tak handsome dah bila merajuk.Kalau awek merajuk ada jugak nampak comelnyer,tapi kalau lelaki..euww..*hoho*

Normal la kan,tak ada salahnya kalau lelaki merajuk,sebabya mudah jer lelaki pun manusia jugak punya perasaan segala..hehe..Nak merajuk boleh tapi jangan la melampau sangat,ni tak bila dah dipujuk konon tak habis lagi merajuk tu.Buat keras hati jer,ego yang ada tak nak mengaku senang dipujuk.

Tapi lelaki ni kalau merajuk dengan pasangannya tak tunjuk sangat merajuk tu,ye la saham tu kena la jaga jugak.Takkan la kalau time merajuk tu nak buat ala-ala gedik nak minta dipujuk*sangat tidak sesuai ok,hoho*.Lelaki ni kalau diam jer bila dengan pasangannya kurang bercakap ada la tu yang tak kena.Selalunya kalau keluar sama-sama dialah yang paling meriah,tapi kalau ada kurang sikit dari selalu ada la sesuatu

Teringat akan seorang kawan,merajuk dengan pasangannya,merajuk punya la gila-gila.Teman ni pun nak uji pada awek yang ada nak nilai sayangnya macam mana,dipujuk-pujuk tak layan.Ayat lentok cakap lembut pun tak layan jugak,kesian pulak tengok si awek ni tadi.Akhirnya si awek ni tadi bagi kata putus,kalau merajuk jugak putus terus.Gelabah dibuatnya si lelaki tadi memujuk,alih-alih lelaki ni pulak yang kena pujuk aweknya tu.Kelakar pun ada,sebabya awek ni sekadar nak uji juga pada kawan ni tadi.


Macam-macam kerenah bila sedang bercinta ni,lelaki pun nak jugak bermanja-manja.Tapi bukan la dengan manja gedik tu,tapi perhatian yang diberikan padanya.Sama jer perasaan ni dengan perempuan sebabnya ni sifat semualajadi kita sebagai manusia..

Kehidupan..






Berbagai ragam manusia yang aku dah jumpa,dengan pelbagai kerenah yang ada.Ada yang katanya cakap tak serupa dengan apa yang dikata.Kadang ada yang sekadar kata bermuka-muka,namun walau berbagai manusia yang aku jumpa itulah yang telah mencorakkan hari-hari aku dalam kehidupan yang ada sekarang.

Kisah kehidupan aku yang kadang ada kalanya masanya suram dan kelam,namun aku tahu walau sesukar mana pun yang aku tempuh masih ada lagi yang insan lain yang sukar dalam hadapi harinya.Bukan aku sahaja yang ada di dunia yang fana ini,tapi begini la kehidupan.Melihat akan tahunya kita dalam menghargai erti sebuah kehidupan yang sekadar pinjaman.

Dengan kehidupan yang bermasyarakat,masih ada yang tidak senang melihat akan keselesaan orang lain.Mencari satu kesalahan demi kesalahan akan orang lain.Semua yang dilakukan serba tak kena walau tidak membuat salah apa.Masih ada yang punya sifat dengki melihat kejatuhan orang lain.Apa yang dikatakan bagi aku pedulikan saja sebab itu hanya melemahkan.

Bagi aku,walau apa yang dilakukan betul dan tak bertentangan dengan apa yang dilakukan,teruskan dengan apa yang hendak dilakukan.Biar apa pada orang yang mengata,buktikan kemampuan yang ada.Capai apa yang dicita,dengan keringat yang ada.Bukan saling menjatuhkan orang lain dengan kata yang tidak membina.

Itulah sebenar-benar kehidupan yang mencorakkan perjalanan hidup yang ada sekarang.Walau sesukar mana pun halangan,tetap juga ditempuh.Moga hari-hari yang mendatang mematangkan aku dalam membuat sesuatu pilihan yang terbaik untuk masa depan.InsyaAllah

March 29, 2011

Jangan Benci Kerana Itu Dulu..



 Sebagai manusia biasa,takkan pernah lari dari melakukan sebarang kesilapan.Walau sekecil zarah sekalipun kesilapan yang dilakukan namun akan tetap dikenang atas kesalahannya itu.Sesuatu yang lumrah,manusia lebih melihat akan kesilapan lalu sebagai salah satu dari sikap individu itu.


Jarang sekali diperkatakan akan kebaikan walau sebesar mana yang telah dilakukan,kerana kesilapan lalu akan sesuatu itu lebih di ingatkan.Sebagai manusia yang punya perasaan jiwa pasti akan tertekan dengan sebarang cemuhan yang dilemparkan.Hanya yang benar-benar kuat akan mampu menerima akan keadaan sekeliling yang mencaci dan menghina.Hanya insan yang benar tabah dalam menerima sebarang kritikan walaupun bukan yang membina mampu hadapinya.


Walau apa dosa akan kesilapan lalu,namun niat untuk perbaiki akan kesilapan itu amatlah penting.Mengaku akan kesalahan,lebih bermaruah dari sembunyi menutup akan kesalahan,mengakui akan kesilapan yang telah dilakukan.Menyesali dengan apa yang telah dilakukan.Jangan terus menghukum sekiranya dia telah menyesal dengan apa yang dilakukan.Belajar untuk menerima dengan hati yang terbuka,dengan nada yang rela.


Jangan dibenci kerana itu dulu dia jadi begitu.Tiada manusia yang sempurna,kerana kita adalah sama..

March 28, 2011

Jadi Diri Sendiri..




"Awakkan kalau pakai cermin mata mesti smartkan,suka tengok orang yang pakai cermin mata,lepas tu awak buat gaya rambut macam ni pulak,saya suka tengok.."


Maka bersusah payah la si kekasih hati ni tadi membuat apa yang diperlukan oleh pasangannya.Tak tahu pakai cermin mata pun belajar lah untuk memakai cermin mata.Pergi cari dekat kedai cermin mata kot ada jual cermin mata yang tak ada power.Sanggup perhabis wang segala semata-mata nak bagi si dia sayang kat kita.Buat apa yang diminta,janji nampak cantik dimata dia.

Kenapa nak jadi orang lain,kalau sekadar untuk mengambil hati?berpura-pura diri selesa sedangkan diri seakan meronta-ronta kata tak suka.Kan elok jadi diri sendiri dari menipu segala.Menjadi diri sendiri adalah lebih baik dari menjadi orang lain.Jika hati kata tak selesa berterus terang kata tak selesa.Dari situ dapat menilai dia dapat menerima kita dengan adanya,tak perlu mengubah seseorang menjadi yang bukan dirinya.


Jika benar ingin menjaga hati membuat dia berasa gembira bila disisi,jangan memaksa diri.Bercerita aku satu pengalaman tentang adanya seorang teman.Bila bercinta ikut segala apa yang diminta oleh pasangannya,sayangnya tidak berpada-pada.Kekasih hati meminta pasangan mengubah penampilan diri,menjadi apa yang diingini.Kata suka itu dan suka ini,lebih suka jika pasangan rupa begini.Sampai rambut fesyen macam mana pun kena ikut segala.Ikutlah jugak apa yang diminta.Sebab kekasih hati yang minta


Bila sudah lama,bertanya kenapa perlu ubah seperti apa yang diminta,rupanya nak bagi sama dengan bekas kekasih lama.Pasangan tak dapat menerima diri seadanya,dengan rupa dan gaya yang ada.Mengubah supaya nampak sama dengan kekasih hati,sampai diri sendiri  pun tak tahu nak buat keputusan sendiri.Sayang pun biarlah berpada-pada,jangan semua setuju segala.

March 26, 2011

Lain Dulu Lain Sekarang


 Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah pada yang mendapat keputusan cemerlang dalam spm yang lepas dan masih belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan.Yang kurang berjaya,jangan mudah berputus asa dengan keputusan yang dapat.Yang penting dah usaha dan tu yang terbaik dapat dilakukan.Dengan keputusan yang kurang baik masa dapat tu tak bermakna hidup pun dah tak bermakna,spm adalah gerbang bagi memulakan langkah dalam sebuah kehidupan.Hala tuju selepas tu adalah penting.

Apa yang aku nak ceritakan disini,cerita tentang pengalaman aku semasa disekolah.Aku bukanlah seorang pelajar yang cemerlang pun dalam bidang akademik,ada juga subjek yang aku belajar aku lemah.Sikap malu bertanya menyebabkan aku sedikit mundur dalam pelajaran.malu yang tak bertempat dalam sesuatu hal.Tapi aku bersyukur punya rakan dan guru yang banyak membantu aku dalam menyelesaikan sesuatu perkara,sedia membantu disaat aku perlu.

Hubungan yang rapat diantara guru dan pelajar amat penting.Sebabnya guru diibaratkan sebagai ibu bapa yang kedua waktu disekolah,sikap saling menghormati diantara satu lain.Masih lagi aku ingat sewaktu disekolah aku jugak pernah didenda dengan guru disebabkan tak siapkan kerja sekolah,bermain-main dalam kelas dan mengganggu pelajar lain*aku pun nakal jugak kat sekolah dulu,hoho..*.Dan aku dirotan atas kesalahan yang aku sendiri buat,aku tak pernah berdendam kerana itu.Sebabnya aku tau,guru nak mendidik dalam membentuk sahsiah pelajar yang baik satu hari nanti.Tanda guru sayang akan kita.

Tapi berbeza dengan situasi yang berlaku sekarang.Dari pandangan aku dan juga sahabat aku yang kerjayanya sekarang adalah guru,pelajar dan guru saling tidak sebulu.Pantang pelajar dijentik sikit,mula dengan sifat dendam pada guru.Kalau ditegur dilawan balik guru,kalau tak pun kereta guru dah sedia menanti menjadi mangsa.Terlalu banyak perubahan diwaktu aku sekolah dulu dengan sekarang.Masalah yang pelbagai,bukan aku nak pelajar yang ada sekarang tak bagus,tapi segelintir diantara pelajar yang ada.Disiplin dalam diri yang kurang dan sikap hormat pada guru dah tak ada.Masih ada dikalangan rakan-rakan aku sekarang kalau berjumpa dengan guru kat luar masih lagi bertegur sapa dan memberikan salam.Tanda hormat pada guru masih ada,walau lama tak mengajar.Ingat jasa guru yang mendidik kita dulu.



Ingat walau macam mana pun ada dendam pada guru waktu sekolah dahulu,jangan terlalu ikutkan emosi.Tugas guru tu amatlah berat dalam mendidik kita dan seharusnya bersyukurlah sebabya guru pernah marah kita dulu.Punya sebabya yang tersendiri.Mungkin sekarang tak nampak apa rasionalnya kerana jiwa masih muda,tapi ingat suatu hari nanti bila sudah punya keluarga,akan tahu bila sebabnya nanti.Akan terkenang balik apa yang kita pernah buat waktu di sekolah dulu.

March 25, 2011

Bila Kita Berbicara




"Der agak-agak la nak kata aku apa-apa pun wei,bodoh la kau ni"

"Ala,rilek la bai,aku cakap main-main jer pun"

"Otak kau sial.."

Perbualan diberhentikan disitu...



Mesti ada diantara kita bila berbual dengan kawan-kawan,lepas tu bergurau cakap benda yang tak sepatutnya.Niat dihati tak membawa apa-apa maksud yang sebenarnya,sekadar suka-suka bila berbicara.

Nampak seakan menjadi perkara biasa dalam perbualan.Bila ada tersalah cakap sikit mula la keluar ayat yang tak sedap didengar.Orang yang dengar pun seakan jelik bila mendengarnya.Nak pulak kalau lepak ramai-ramai,gelak sakan kuat-kuat lepas tu mencarut-carut.Tapi bila bercakap tak nampak pun macam marah,sebenarnya hanya bergurau.Dah jadi kebiasaan pulak pada diri masing-masing,seakan bangga dapat menuturkan kata semacam tu.

Ye mungkin bagi setengah orang bagi pendapat,"alah gurau jer pun.." atau "emo lebih la dia ni,semua tak boleh".Tapi kan tak manis didengar oleh orang lain.Adab dalam pertuturan semakin lama semakin hilang.Dari kata-kata pun orang dah dapat menilai kita ni jenis macam mana.Macam mana orang nak hormat dekat kita kalau kita pun cakap entah apa-apa.

Kadang-kadang bila berbual dengan kawan-kawan diri seakan tak sedar,dan ada jugak terkeluar cakap benda yang tak sepatutnya.Tapi kita diberikan akal yang waras,sebelum berkata fikir dulu baik buruknya.Bila difikirkan tak ada gunanya bila cakap semacam tu.Panggil orang dengan panggilan "bodoh,sial,mangkuk" segala dah jadi macam doa pada mereka yang dikata tanpa menjaga hati pada siapa yang mendengarnya.Ingat apa yang dikata,setiap butir dalam bicara adalah satu doa.Jadi berpada-pada bila kita berbicara pada sesiapa.

Aku pun berpesan akan diri aku sendiri agar sama-sama menjaga dalam apa yang dikata.Kadang-kadang aku juga terleka,dalam sedar aku alpa.

March 24, 2011

Terimbas Memori




Terkenang aku akan sekolah lama yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.Banyak kenangan manis dan pahit dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar.Yang manis aku banyak kenangan bersama-sama rakan disekolah.Telatah dan ragam sebagai seorang pelajar yang agak nakal sewaktu disekolah dahulu.Dan yang pahit kerana aku juga pernah merasa akan perasaan apabila dibuli.

Mengenal akan ertinya sebuah persahabatan,yang mana kawan dan yang mana lawan.Kehidupan aku sebagai seorang pelajar yang berbadan besar seakan membuatkan aku mempunyai sifatnya rendah diri.Kurangnya akan sifat keyakinan di dalam diri membuatkan aku seakan takut untuk melangakah dengan berani.Namun aku bersyukur dalam lemahnya aku diwaktu itu tapi aku masih punya sahabat yang sentiasa ada bersama aku.Walau kadang kala sering berbeza pendapat,namun masih punya sifat akan menghargai seorang sahabat.

Guru-guru yang banyak membantu aku,meskipun aku di waktu sekolah dahulu seakan ceria,namun aku juga punya sifat lemahnya juga.Guru membantu aku disaat aku benar-benar perlu,aku takkan lupa akan itu.Banyak kenangan yang terimbas disekolah dahulu jika aku kenang kembali.Namun itu hanya satu memori yang banyak mengajar aku kini,mengajar aku untuk melangkah dengan lebih berani.

Cabaran dalam menghadapi akan sebuah kehidupan yang pelbagai dengan corak dan jalan ceritanya.Aku salah satu watak dalam sebuah sketsa kehidupan menempuh hidup dengan pebagai dugaan.Melihat akan kuatnya aku dahulu dalam menempuh sesuatu dalam hidupku.Aku dahulu adalah insan yang lemah,tapi pengajaran lalu banyak menjadikan aku untuk lebih tabah.Syukur akan segala dugaan kerana sekarang menjadikan aku seorang insan.


March 22, 2011

Pesan Si Ibu Tua Pada Anaknya



Si ibu memarahi anakya,kerana sudah sampai masa dalam mengerjakan kewajipannya.Si anak terus leka dan terus lalai akan urusan dunia.Azan sudah lama berkumandang tanda menyahut seruan Ilahi.Anak terus leka dengan duniawi mengadap di hadapan tv.

Telefon berbunyi di sisi,si anak menjawab dengan hati yang gembira,pelan yang dihajati menjadi juga,Si anak keluar dari rumah tanpa meminta izin dari ibunya.Melihat ragam anaknya,si ibu mula bertanya hendak berjalan keluar kemana.Anak menjawab pergi ke rumah rakan sebentar cuma,tapi hal lain  yang dirancangkan.Keluar bersuka-suka gembira bersama rakannya menghabiskan masa  usia remaja.Si anak lebih mengikut kata dari rakan,dari kata ibu yang melahirkan.

Bukan kerana manja hendak diberitahu hendak kemana segala,tapi doa restu ibu amat perlu dalam kehidupan seorang anak.Si ibu seakan tidak merelakannya kerana menduga akan sesuatu yang tidak kena.Namun si anak berdegil juga,berkata tahu menjaga diri walau kemana sahaja.Melawan apa yang si ibu sampaikan.Si ibu mengalah namun masih riak wajah seakan menduga sesuatu bakal menimpa.

Benarlah firasat akan si ibu tadi,mendapat berita  anaknya kini ditimpa musibah.Begitu gusar akan perasaan si ibu mendapat berita akan anaknya.Hati seorang ibu begitu mengambil berat perihal anaknya.Kasih si ibu begitu besar,menangis melihat anaknya kini sudah terlantar dalam keadaan tidak berdaya.

 Si anak tadi sebelum pergi masih belum menunaikan kewajipan pada Ilahi,bersalah pada ibu kerana masih belum sempat meminta maaf akan segala dosa yang ada.Kerana selalu membuat hati si ibu asyik terluka.Pada Ilahi begitu besar akan dosa meninggalkan segala suruhanNya.

Syukur umurnya masih panjang,sebelum maut datang menjemput.Anaknya sedar dari keadaan yang menimpa,menyesali akan silapnya diri.Melakukan dosa pada ibunya sendiri,dan melanggar janji pada Ilahi sebelum berada di dunia ini.Yakni melakukan apa yang diperintahkan pada kita sebagai seorang hambaNya.Si anak diberi peluang kedua agar dapat menebus segala dosa,sebelum segalanya datang dan tiba dan terlambat untuk semuanya.Perbaiki dimana kesilapan yang ada dalam kehidupan seorang manusia bernama insan.

March 21, 2011

Saya Cemburu




Cemburu,kata orang cemburu tandanya sayang.Rasa cemburu mula terasa apabila takut akan kehilangan sesuatu yang dimiliki.Saat perpisahan lalu mengenang akan segala memori membuatkan akan hati,kehilangan kasih disisi.Rasa yang begitu terlalu ingin melindungi akan kekasih hati sampai merosakkan perhubungan sendiri.

Sebegitu besar akan impak sesuatu perhubungan itu jika perkara sebegini terjadi.Dalam perhubungan perlu ada sifat saling mempercayai antara satu sama lain,saling menyokong jika saling memerlukan.Usah terlalu takut akan kenangan silam yang menghantui akan diri kehilangan kasih yang ada.Melihat akan si dia begitu mesra bersama-sama rakannya membuatkan diri seakan tidak kena.Dua watak yang saling berbeza dalam satu perhubungan,namun jika antara satu sama lain mempercayai akan pasangan yang ada perkara sebegini tidak akan terjadi.

 Sekiranya takut akan kehilangan tidak perlu seakan mengongkong akan si dia.Usah terlalu cemburu buta dalam membina sesuatu perhubungan.Kerana sifatnya manusia itu sendiri perlukan kebebasan.Andai si dia punya rakan yang ramai bertegur sapa lah akan rakannya juga.Kerana dia juga punya hak dalam kehidupan.Berilah sedikit ruang padanya untuk bersama-sama rakannya.Kerana apabila dia bersama rakannya banyak hal bicara yang akan dikongsikan,kadang-kadang tidak  semua hal akan diceritakan pada kita.

Fahami akan perasaan si dia.Bukan sekadar cinta mengungkapkan katanya sayang,namun hargai dan selami hati akan perasaan hati insan yang dikasihi.Cemburu juga tidak salah,asal kena pada waktu dan ketikanya.

March 20, 2011

Takut Untuk Berkata?Cuba Dulu




"Aku sukakan dia,tapi aku tak berani la nak luahkan dekat dia.Nanti buatnya kena reject buat malu jer..Pendamkan ajer lah"

Soal perasaan ni bukan boleh nak di duga,datang secara tiba-tiba.Niat dihati takut nak bercinta lagi.Tapi kalau dah namanya pun manusia takkan dapat lari dari perasaan ni,kerana kita dah diciptakan berpasang-pasangan.Kalau dah namanya jodoh satu ketika pasti akan tiba juga,cuma beza cepat atau lambat sahaja.


Berbalik pada cerita,pernah tak berada dalam situasi diatas?sukakan akan seseorang dan tak berani untuk meluahkan akan perasaan yang terpendam.Rasa kasih pada si dia tapi mulut seakan tidak berani untuk menyampaikan apa yang hendak dikatakan.Alasan takut kena reject,ye la malu la kan kalau kena reject.Lepas dah cakap tu confirm la lepas ni dah macam orang asing jer.Dengan rasa segan segala bila berjumpa.


Tapi cuba beranikan diri untuk mencuba,tak salahkan sekiranya mencuba sesuatu sebelum membuat andaian yang tersendiri.Dari mengarut fikir yang bukan-bukan cuba untuk luahkan.Sekurangnya bila sudah luahkan apa yang terpendam si dia akan tahu akan perasaan kita padanya.Mungkin penerimaannya si dia akan terkejut,atau mengatakan yang kita sekadar bergurau.Namun jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan pasti membuatkan si dia berfikir akan apa yang telah dikatakan.


Jangan takut sekiranya diri di'reject'.mencuba apa yang terdaya.Teringat akan kisah seorang teman,sebelum diluahkan berbagai andaian yang difikirkan.Mengalah sebelum mencuba,takut akan kisah silam segala.andai diri benar ikhlas,InsyaAllah jalan pasti ada.

Sekiranya si dia menolak kita,tidak apa.Sekurangnya sudah mencuba.hormati akan keputusan yang diminta,jangan memaksa atau apa.Kerana cinta yang hadir tidak boleh dipaksa,hadir secara rela.Sekiranya menerima dalam terpaksa,kan haru pulak jadinya.Berkawan dengannya,walau tak pernah untuk meliki tapi tetap ada disisi sebagai teman sejati.



March 19, 2011

Kisah Saya Dan Fesbuk Awak




 "Saya selalu tengok fesbuk awak.Tapi awak tak pernah tau dan perasan pun,sebab saya gunakan nama samaran lain.Ye la kita kan dah tak ada apa-apa,kalau saya gunakan nama sebenar saya lepas tu add kat awak pulak mesti awak takkan accept saya nanti.Terpaksa saya menipu untuk add awak..Jadi lah,asalkan saya tahu awak buat apa.."

Hah,pernah tak korang buat macam yang ada dekat atas tu?angkat tangan!!hehe..Semestinya lah korang takkan mengaku yang korang ada jer tengok wall ex korang.Kalau tanya aku pun confirm la aku takkan mengaku.Ye la,nak cover la kan.Padahal hati masih terkenang-kenang.Lumrah manusia,bukan mudah nak lupa sesuatu yang pernah ada dalam hidup kita.


Aku faham sangat akan perasaan macam tu,sebab aku jugak pernah buat benda yang sama,*hoho*.Bukak fesbuk semata tengok wall dia,tengok la apa status dia sehari-hari.Kalau sebelum ni selalu jugak komen dekat fesbuk dia,tapi sekarang ni lebih jadi pemerhati.Sebelum ni elok-elok jer dengan kita,sekarang di"block"nya pulak kita.Tu la yang guna cara macam tu,haru sungguh..hoho..


Sedih memang ada,sebab terjadinya perpisahan.Ye la impian tak jadi kenyataan,yang dirancang semua tak jadi.Hajat dihati nak jadikan teman sehidup semati,tapi tinggal la diri seorang diri.Harus diingatkan,tak semua yang kita impikan akan jadi kenyataan.Allah Maha Mengetahui akan apa yang terbaik untuk diri kita.


Ni kalau diikutkan sangat perasaan memang tak terbawa.Rasa sedih segala memang dah jadi adat dalam perpisahan.Takkan la dah putus nak gembira pulak,ye tak?hehe..Tu dah lain sangat dah tu,hoho..Ni selalu sangat tengok wall ex kadang boleh jadi sakit jugak dibuatnya.Sedang tengok-tengok wall dia,sekali tengok dengan kekasih baru!..Hah,kan parah jadinya hati tu.

Tak salah kalau masih terkenang,faham jiwa tu masih ada sayang walau secebis jer dalam diri tu,cuma belajar untuk tempuh hidup yang baru.Mulakan buku yang baru dalam diri tu.Kalau dah tengok fesbuk dengan hati yang sakit,baik lupakan.Apa yang penting doakan dia dengan hidup yang baru.Kebahagiaan dalam hidupnya,itu adalah yang terbaik.



March 18, 2011

Pelangi Selepas Hujan





Ketika hujan lebat turun,diri seakan mengeluh sebabnya basah segala akan yang ada.Mahu tak mahu tempuh juga hujan yang lebat.Mulut bising seakan tidak redha akan keadaan menimpa.Rasa menyusahkan kerana hujan.Seakan tidak bersyukur dengan rahmat akan kurniaan Tuhan.Dalam keadaan basah sampai dirumah,selesai mandi segala berehat seketika.Melihat hujan pun semakin reda,kalau masih ada sifatnya sabar pasti akan tunggu sampai hujan berhenti.Kenapa nak menyusahkan diri,jika salah berpunca dari akan silapnya diri?

Duduk sambil memerhati akan keadaan sekeliling,keadaan masih basah selepas hujan.Terlihat pula akan kelkatu berterbangan selepasnya hujan,menjadi santapan burung untuk makan.Mendongak ke langit terlihat pelangi yang sungguh cantik sekali.Indahnya alam ciptaan Tuhan.Kejadian yang berlaku punya sebabya yang tersendiri.

Melihat akan keadaan sekitar,membuatkan diri terfikir sendiri.Mengapa jadi begini?Walau diri di uji dengan hujan yang menimpa,membuatkan diri berasa mudah terasa.Mengeluh akan sesuatu yang agak remeh.Andai diri punya sifat yang sabar takkan sanggup meredah dalam keadaan yang basah.Bersabar akan sesuatu yang terjadi,pasti ada sebab musabab tersendiri.Belajar menjadi seorang yang tenang,walau dugaan yang datang.


Walau apa yang ditanggung,usah terlalu mengeluh akan sesuatu yang menimpa.Beruntung sangat telah diuji,kerana tahu akan kemampuan diri.Bak kata seorang sahabat,kesakitan itu bagai menghapus dosa-dosa yang lalu.Belajar sesuatu dari itu.Usah sempitkan fikiran dengan hanya tahu beralah dan akhirnya terus mengalah.

March 17, 2011

Cinta Itu Buta?Atau Buta Kerana Cinta?



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..

"Cinta tu buta ker?ada mata eh?dekat mana pulak matanya eh?tak tahu pulak aku yang cinta ni ada mata"..
Agak sengal kalau ada yang tanya soalan macam tu,cinta itu buta bukanlah maksudnya yang cinta itu punya mata untuk melihat tapi cinta itu ada pada sesiapa sahaja.Rasa kasih untuk disayangi dan dimiliki.

Bila hati dah kata suka segala jadi indah belaka,hebatnya akan kuasa cinta.Kata cinta yang diucapkan oleh seseorang yang dicintai boleh membuatkan kita seakan lupa.Berjanji bersama-sama nanti.Rasa sayang pun semakin mekar dihati,membuatkan hati seakan susah menerima akan keburukan yang ada pada insan yang dicintai.Walau ada bukti didepan mata,hati tetap berbaik sangka.Pekakkan telinga dengan apa yang didengar,sebab dah janji nak sehidup semati.Tak kan dia nak khianati apa yang dijanji,*manusia kan pegang pada janji*.Monolog sendiri sekadar nak sedapkan hati.


Kawan-kawan semua dah kata,bukan dia tak boleh percaya tapi biar berpada-pada.Tapi masih lagi tak percaya,kata kawan ada rasa dengki sebab diri tak laku lagi.Kawan yang pesan ni diamkan jer la diri,takut nanti bergaduh besar pulak nanti.Dari jauh jadi pemerhati.Macam tu sekali kalau dah sayang,sanggup bergaduh sebab benda yang dah nyata.


Butakan hati kalau dah terlebih sayang,sebagai kawan bagi pendapat dan nasihat tapi lain pulak jadinya.Jadi kalau dah cinta tu berpada-pada la jugak,jangan terlebih sangat,simpan sikit sayang tu.Kalau kecewa nanti tak ada lah sampai tahap frust nonggeng sangat.Kawan dah bagi nasihat dengar la jugak,jangan ikutkan sangat keras hati tu.Bila dah jadi macam-macam,kawan jugak yang dicari.

March 16, 2011

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga




Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dalam kasihnya ibu yang satu,betapa besarnya akan pergorbanan itu,dugaan dan cabaran dalam membesarkan anaknya.Terkadang ada terkasar bahasa,membuat ibu diam untuk bicara.Dalam amarah jiwa anak muda,memberontak mengikut kata nafsu.Ibu hanya berdiam dan pendam akan terguris kata si anak itu.Ibu diam dalam bisu,dalam renungan mata mengalir jernih linangan air mata.Menitis membasahi pipi ibu yang suci,wajah suram dan kelam kian nampak diwajah hati yang luka.

Si anak berasa berdosa akan kesilapan yang dilakukannya.Membuat hati berasa terhiris dan membuat si ibu menangis.Dosa yang ditanggung amat besar balasannya,anak memohon maaf akan ketelanjuran kata.Namun hati ibu yang punya rasa dan kasih,tetap memaafkan akan segala dosa yang dilakukan oleh anaknya.


Benarlah kata yang biasa didengar,kasih ibu membawa ke syurga.Walau sebesar mana pun akan kesilapan yang dilakukan oleh anaknya,jiwa seorang ibu yang pemaaf tetap sedia memaafkannya.Tanpa ada rasa dendam di dada,betapa tulusnya hati dan kasih akan si ibu.Walau betapa sukarnya dalam menjaga dan membesarkan anaknya,namun ibu sanggup untuk menjaga kesemua anaknya.


Tapi bila anak sudah dewasa,meningkat usia dan mengenal akan nikmatnya dunia.Segala jasa ibu dilupa,payah dan jerih dalam membesarkan kita semua.Jangan jadi anak yang mudah lupa.Tanpa doa restu dari ibumu,bukan mudah dalam menghadapi sebuah kehidupan.Hargai apa yang masih ada,sekadar untuk renungan.Aku juga berpesan pada diri agar sentiasa menghormati apa yang telah diajarkan.

March 15, 2011

Punya Rasa Yang Bahagia



Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Diakui ikatan kekeluargaan amatlah penting dalam institusi sesebuah keluarga.Ikatan yang terjalin diantara anak-anak yang saling menyokong diantara satu sama lain.Si anak mengadu akan permasalahan yang dihadapi dan si ayah menjadi pendengar yang setia.Si ibu menguruskan dan memantau akan perkembangan anak-anaknya.Sungguh bahagia terasa nikmat syurga dunia,sebuah keluarga yang bahagia.

Namun tak semua yang punya rasa bahagia seperti itu.Apa yang diimpikan dan didambakan tidak tercapai seperti yang diharapkan.Melihat akan kebahagiaan sebuah keluarga yang lain,menjadikan diri menjadi diri seakan yang serba kekurangan dalam diri.Rasa murung dan akan rendah diri mula menguasai diri dan emosi seseorang anak itu.Jika emosi menguasai diri khuatir akan anak itu akan melakukan sesuatu yang akan memudaratkan dirinya sendiri.

Aku juga impikan punya bahagia seperti itu,seperti yang lain.Namun aku juga harus akur akan yang tertulis akan dalam hidupku.Bersyukur dengan apa yang ada dan tahu untuk menghargainya.Teringat akan kisah saudara yang aku punya.Yang dulunya aku dan dia amat rapat sebenarnya,selalu bergurau senda walau jarang berjumpa.Pernah saling menyakiti namun ikatan persaudaraan itu masih tetap ada.Air yang dicincang tetap tak akan putus,walau baik buruknya ikatan saudara itu tetap utuh.


Saat perpisahan terjadi,akan terasa akan sakitnya.Kehilangan akan yang insan yang disayangi,saat pernah meluka diantara satu sama lain tanpa sempat meminta maaf akan segala terasa amat pilu saat itu.Mendapat khabar duka,namun tidak dapat berjumpa buat kali terakhirnya.Namun hanya kiriman doa yang dapat aku kirimkan buat insan yang aku hormati,seorang abang yang amat penyayang.Kamu tetap abang aku.


Jika pernah terluka terkasar bahasa sesama keluarga,sesama adik beradik hargai apa yang ada,beruntung kerana masih memiliki.Masih sempat untuk minta maaf segala,jangan hilang dimata satu ketika.Menyesal akan segala dosa.

March 14, 2011

Saya Tak Sempurna


"Saya tak cantik la awak,saya ni tak sempurna dan banyak kekurangannya.Banyak lagi perempuan yang cantik di luar sana untuk awak jadikan pilihan hati selain dari saya"kata si Dara.Uda membalas "Saya pun punya kekurangan jugak awak,saya terima awak dengan seadanya"..Wah seronoknya,akhirnya mereka hidup bahagia..*hoho*

Dalam mencari kesempurnaan,sempurna ker kita nak dapat yang elok-elok jer?Hebatkah diri,seakan diri bak putera yang punya segala?Andai kata diri ada kelebihan rupa,hargailah apa yang ada sementara ada,jika diri dimamah usia semuanya akan pudar dengan menjelang tua.Jika diri punya harta segala,manfaatkan untuk hikmah bersama.Semua sekadar pinjaman sementara,usah lalai dan leka dibuai dengan nikmat dunia.

Setiap manusia dilahirkan dengan keunikan tersendiri,sifat semulajadi yang ada dalam seseorang yang tanpa sedari menambat hati pada yang mencari.Kat mana yang uniknya seseorang tu?yang tu terpulang akan pandangan individu itu tersendiri dalam menilai seseorang.Ada yang sukakan seseorang mungkin kerana senyumannya,dari caranya atau mungkin kerana apa yang ada pada diri orang tu sendiri.

Mencari kesempurnaan dalam memilih pasangan memang korang takkan jumpa.Takkan ada manusia yang sempurna dirinya.Bukan luaran yang jadi ukuran dalam memilih pasangan,tapi keikhlasan juga harus ada.Keikhlasan dalam menerima akan seseorang itu adalah lebih baik.

Ego Dan Iri Hati





 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..^^

Lumrah kehidupan sebagai manusia,punya sifat cemburu dan hasad dengki sesama insan yang lain.Pantang melihat orang lain lebih dan naik akan sesuatu mula timbul akan perasaan dengki sesama lain.

Mungkin entry ini agak lebih kepada sifat serius namun aku sekadar bercerita akan sifatnya kita yang dua ini.Sifat yang suka mendabik dada dan gemar mencari kesalahan seseorang.Mencari salah dan silap orang lain tanpa menilai pada perbuatan diri seolah-olah diri betul segala adalah salah sebenarnya.

Cuba renungkan diri,mencari dimana kesilapannya diri tanpa lebih menuding jari adalah lebih baik.Diakui sememangnya sukar untuk mengaku akan kesilapan diri,kerana sifat ego lebih menguasai diri.Kurangkan ego dalam diri,mencari punca akan sesuatu perkara yang terjadi.Tak salahnya sekiranya jika sifat cemburu dalam membina bukan saling menjatuhkan diantara satu sama lain.Contohnya jika terasa cemburu melihat akan kesenangan orang lain,cuba dan usaha untuk mencapai akan apa yang diinginkan.Bukan dengan cara yang kotor untuk mendapat apa yang diinginkan.

Kepuasan dalam mendapat yang dihajati itu adalah penting dengan adanya usaha sendiri dari saling berhasad dengki sesama sendiri.Aku pun peringatkan akan diri sendiri,mencari mana yang silap dan perbaiki kelemahan yang ada.

Terima kasih sudi baca..^^

March 13, 2011

Gurauan?Biar Kena Pada Caranya



 Assalamualaikum dan salam sejahtera..^^


Rutin biasa aku bangun pagi subuh on handphone cabuk dulu,tengok kot-kot ada tak mesej yang aku dapat,biasanya malam aku sebelum tido off handphone dulu.Sebabya sebelum ni aku dah banyak kali terkena dengan kawan-kawan aku diaorang buat miskol 2 3 kali kat,bila aku dah sedar tanya balik kenapa dengan selamba bagi jawapan,"sajer,gurau-gurau jer la"*arghh tensen tahu*.Dah la aku ni kalau dah terjaga susah sikit nak tidur balik,berjaga la aku sampai menunggu subuh.Pagi pergi kerja macam dah mamai jer rasanya,macam nak sekeh-sekeh jer orang yang buat gurauan macam tu*grrr,geram* 

 Berbagai cara kalau nak bergurau asalkan kena dengan cara dan masanya.Kalau dah gurau dengan cara macam tu,siapa pun boleh geram jadinya.*sabar jer la*.Dan seperti kebiasaanya,pagi tadi on handphone dapat mesej dari seseorang yang aku kenali meninggal dunia.Pucat darah aku rasa,mana tidaknya semalam elok-elok jer aku jumpa orang tu,dan sebelum tidur pun sempat lagi berborak dan berbual dengan orang yang sama.Lepas tu dapat pulak mesej cakap dia dah tak ada,sangat-sangat terkejut dibuatnya.

Beranikan diri dengan tangan yang masih mengigil aku mendail nombor empunya diri.Talian berjawab dan seakan terdengar suara yang aku kenali itu,ya Alhamdulillah dirinya masih lagi ada.Bila ditanya kenapa bergurau dengan soal kematian?,jawapan hanya sekadar untuk melihat akan beratnya sikap mengambil berat akan seorang sahabat kepada sahabatnya.Agak tidak kena cara gurauannya,sekadar untuk menguji aku tapi bukan dengan cara begitu.

Banyak lagi bahan yang boleh dijadikan gurauan,tapi jangan sampai gurauan yang boleh menyakitkan dan buat orang terkejut macam hal kematian segala.Gurauan yang melampau pun bukannya elok sangat pun,mana yang tak tahan kena gurau macam ni boleh jadi lain pulak nanti.Aku pun berpesan pada diri jugak,bergurau pun biar berpada-pada,kena pada tempatnya dan waktu yang sesuai.


Terima kasih sudi baca..^^








March 12, 2011

Harga Sebuah Cinta?Berapa Nilainya?




Assalamualaikum dan salam sejahtera..^^


"Adik manis,abang nak beli cinta satu,berapa yer?macam mana kira?"Ceh ada ker cinta yang boleh dijual beli semacam itu?boleh dapat ker dari pasar malam ataupun dekat supermarket yang ada?boleh ker?mesti la tak ada kan?cinta mana boleh dijual beli,ianya datang tanpa disedari,perasaan seakan yang amat istimewa terasa bila hadirnya cinta..*fuhh!!,hoho*



Hadir bukan kerana terpaksa tapi hadir dengan rela,saling memberi dan menerima.Penyatuan diantara dua jiwa menjadi satu,itulah cinta.Saling menyokong diantara satu sama lain dan saling melengkapi jika ada kekurangan.Menerima seadanya akan kekurangan yang tersedia ada.Bukan sekadar hanya dinilai dari segi luaran,dari sudut dalaman akan keikhlasan dan ketulusan sebuah hati dalam memberi.

Tapi ada juga yang tidak tahu akan menghargai sebuah cinta,saat tercari seakan terhegeh-hegeh menagih akannya kasih.Namun bila hati terbuka untuk belajar menerima dan mencintai hilang entah kemana,betapa sakitnya rasa hati bila diluka.Terasa takut akan bercinta semula,namun lumrah sebagai manusia tidak akan lari dari perasaan ini.Walau mencuba untuk lari namun seakan payah akan menolak akan cinta yang hadir,betapa hebatnya akan perasaan cinta ini.


 Harga sebuah cinta tak ternilai akan besarnya,namun cinta kita pada sesama manusia haruslah berpada-pada,usahlah melebihi diantara kita dengan Maha Pencipta.Kerana kasih dan cintanya Dia pada kita hambaNya adalah kekal untuk selamanya.Yang pernah kecewa dalam bercinta,usah takut bercinta lagi,cinta sejati akan ditemui suatu hari nanti..

Terima kasih sudi baca..^^





March 11, 2011

Melangkah Dengan Berani

                                                                                      


Assalamualaikum dan salam sejahtera..^^


 Kita belajar dari masa lalu,yang banyak mengajar akan erti sebuah kehidupan.Dalam mencari sebuah kehidupan,banyak perlu kita lalui.Pelbagai cabaran dan dugaan yang datang menguji tahap iman di dada untuk menilai betapa kuatnya kita dalam menghadapi dalam sesuatu kesulitan.

Aku juga pernah melalui saat semacam itu,saat aku terjatuh,aku seakan tak terdaya untuk bangun dan berdiri semula.Sakitnya akan rasa itu membuatkan aku takut melangkah lagi.Tapi saat aku takut untuk melangkah itu,ada yang datang memberi galakan dan kata semangat untuk teruskan perjalanan yang ditempuhi.Melangkah dengan berani tanpa takut untuk jatuh lagi.Aku terus melangkah tanpa perlu menoleh kebelakang lagi.


Sekali kita membuat silap dalam kehidupan ini,maka selepas ini akan lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu langkah,jangan terlalu mudah untuk mengalah seolah-olah hatinya patah takut terjadi benda yang sama.Sebagai manusia tak akan lari dari membuat kesilapan,namun kesilapan juga yang mengajar kita erti hidup ini.


Harus diingatkan kita bukan insan yang lemah yang hanya mudah mengaku kalah,jadi insan yang berani untuk tempuh esok hari.Seperti yang aku pernah cakap sebelum ni,yang terjadi tetap kan terjadi.Namun jangan terlalu mudah untuk pasrah kerana kita diberi kemampuan untuk mencuba lagi.Kuatkan hati tabahkan diri.









March 10, 2011

Kekasih Kepada Kawan?Konflik..


 Assalamualaikum dan salam sejahtera..^^


Saat berdua selalunya indah.Kentut disebelah pun kata tak apa.Indah wangi semerbak walau busuknya tak tahu nak kata..*hoho*.Tapi saat perpisahan tercipta,perang dunia meletus semula.Semua serba tak kena,mencari silap mencari punca.Patut ker macam tu?

Seeloknya dan sebaiknya andai ada perpisahan diantara kedua belah pihak yang dulunya pernah bercinta berkasih sayang dan bermesra*eeuww*.Jangan lah ada yang bermasam muka diantara kalian berdua.Kalau dulu berjumpa bertegur sapa,sekarang menjeling macam singa yang tengah lapar.Kenapa nak diputuskan ikatan yang pernah ada,tak salah jika dari kekasih dahulu sekarang jadi kawan sesama kita.

Ya diakui ada jugak perasaan kurang selesa jika situasi sebegini terjadi dan aku juga pernah merasakanya.Terasa pelik seketika,namun janganlah sesama kita saling tidak bertegur sapa,kan tidak elok memutuskan silaturrahim antara kita.Apa yang terjadi tetap terjadi,bukan satu igauan ngeri untuk melangkah dalam kehidupan sehari-hari.Jika itu keputusan dibuat untuk tidak bersama ketika itu,hormatilah.Jangan diterbitkan perasaan benci dan saling bermusuh jika tidak bersama.


Diakui sebagai manusia yang punya sifat pelbagai,perasaan amarah ada dalam diri.Namun sifat sebagai seorang pemaaf adalah yang terbaik dan terpuji dari saling membenci.


Terima kasih sudi baca..^^

March 09, 2011

Soseh Soseh



Lain macam jer tajuk entry aku ni,*huhu*..bermacam ragam sifat manusia yang selalu aku perhatikan.Aku ni jenis suka tengok orang yang bermacam kerenahnya dan ada jugak yang tengok apa yang aku perhatikan*ke aku yang perasan orang tengok aku?*hoho.Kalau agak ada yang tak kena dimata mula la nak berbisik-bisik,modal dijadikan untuk bercerita.


Semua manusia dilahirkan dengan berbagai macam ragamnya,biasalah kalau manusia semua ada satu macam jer perangai tak ker bosannya dibuatnya dunia,hoho.Tapi ada jugak manusia yang tak suka melihat sesuatu perkara yang dilakukan orang lain,semua tak kena dimata pasti ada silapnya.Kena ingat semua kita tak sempurna,kerana kita adalah manusia biasa yang banyak kekurangannya.Tak perlu kita nak berperasaan semacam itu sesama kita.Tak ada manfaatnya pun,makin banyak masalah ada.

Jadi tak perlu la bila ada yang tak kena dimata,nak bersoseh-soseh sesama kita,itu tak kena ini tak kena.Mencari kesilapan orang lain,seeloknya perbaiki kesilapan diri sendiri.Kita semua adalah sama,baik buruknya kita bukan bergantung pada rupa tapi pada moleknya bahasa dan pada baik pekertinya.Perlu ingat jari kita menuding pada orang lain,selebihnya tunjuk pada kita sendiri.Aku pun bukannya sempurna,banyak kekurangan dan selalu jugak buat silap.yang penting tahu kesilapan diri dan cuba perbaiki.


Terima kasih sudi baca..^^



March 08, 2011

Lelaki Baca Novel?Eeeuww..

  


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..^^

"Eeeeuwww..mat jiwang,mat bunga,hati kuntum"tu la gelaran pada lelaki yang baca novel,salahkah seorang lelaki baca sebuah novel?Lelaki yang baca novel adalah seorang yang berhati lembut?jiwa tak kental,benarkah?ke aku yang tak tahu ada yang memang macam tu?..


Kan ker membaca tu perkara yang baik,bukannya benda yang mendatangkan mudarat pun.Jadi aku tak nampak sebarang masalahnya bila seorang lelaki membaca novel,sama la jugak seperti orang cakap lelaki tengok cerita korea ni,tak macho langsung*ye ker?*..Ni bila tengok lelaki kat bahagian sudut novel dah tengok semacam,apakah?*tak faham aku*. 

Aku pun layan jugak novel ni,tapi kadang-kadang la .Kalau sinopsis ceritanya bagus,tak salah aku beli dan baca,bukan buat satu dosa besar pun.Aku mula-mula dulu pun baca,sebab aku pelik tengok  kenapa la budak-budak perempuan ni suka sangat baca novel,kalau dekat fesbuk pulak tengok info tulis hobi suka baca novel*erk,kantoi suka tengok info awek,hoho*,jadi aku pun cuba la membaca novel ni.Tu pun pinjam dari kawan,tengok-tengok layan jugak.Baru la aku faham,dalam novel ni bukan la segala jalan cerita cinta-cinta jer pun,ada jugak tentang kekeluargaan.Jadi tak la jadi masalahnya lelaki yang baca novel ni,tak jadi mat bunga ke apa.hoho

Mana-mana yang rasa macam tu,itu hak masing-masing..Masing-masing punya pendapat dan pandangan yang berbeza,tapi jangan lah tengok orang lelaki baca novel jer dan tengok semacam.Pelik sangat ker?Macam mana pun,korang baca lah apa yang patut,dengan membaca korang dapat banyak ilmu.Jangan baca majalah gosip-gosip dah la,tak da hasil pun,hoho..




Terima kasih sudi baca..^^

March 07, 2011

Alamak!! Banjir Lagi



Assalamualaikum..


Aduh,sampai-sampai jer dekat rumah balik dari kerja,tengok air sungai sebelah rumah dah naik,tengok laman pulak dan tak macam laman rumah dah,dengan air sungai yang dah melimpah naik ke laman.Tapi alhamdulillah banjir tak masuk rumah,kalau tak kelam kabut dibuatnya.



                                            *laman rumah yang macam laman dah,hehe*

Sebelum ni dah pernah banjir dah dekat rumah aku ni,air melimpah masuk dalam rumah.Siap ada anak-anak ikan masuk lagi tu,*hoho*Kelam kabut jugak lah dibuatnya masa tu,habis semua barang dalam rumah tenggelam,kucing aku  yang seekor ni pulak kelam kabut sebab banjir dalam rumah,hehe..

                                         *jambatan yang ada pun dah tenggelam kena air*
 

Alhamdulillah kali ni tak masuk rumah,jadi kira selamat semua apa yang ada,hoho..Ini aku sempat lagi ambil gambar masa banjir tadi,kalau air naik dekat laman rumah aku ni,memang confirm ikan-ikan naik atas laman.Budak-budak kampung pulak berebut-rebut tangkap ikan,hehe,,Gambar ni aku ambil masa nak dekat maghrib tadi.


                                             *dalam tu air sungai naik masa ni*

Masa aku post entry ni,air sungai dah pun surut,nasib dah tak dalam kalau hujan sampai ke malam,macam sebelum ni la jadinya.Banjir satu rumah,hehe..Itu lah cerita aku masa petang tadi.

Terima kasih sudi baca,^^



Berblog Itu Sangat Best



Assalamualaikum..^^

Sedar tak sedar dah seminggu aku berblog ni,asalnya aku main blog ni sebab aku sajer-sajer jer..Tapi makin lama makin seronok pulak rasanya,apa yang aku rasa dan aku pendam aku ceritakan disini.Kira macam terapi jugaklah bagi aku meluahkan perasaan*ceewah*hehe..


Seronok yang aku dapat bila berblog ni aku dapat jugak kenal kawan-kawan baru,dan aku tahu ada yang bagi respon pada yang aku ceritakan dan cuba sampaikan,terima kasih pada korang yang sudi datang singgah disini,mambaca apa yang ada.*sayang sangat kat korang,hehe*Dari suka-suka dah jadi satu hobi baru pulak bagi aku.


Apa aku ceritakan,dari perjalanan hidup aku.Aku kongsikan dengan korang walau tak berapa banyak yang dapat aku kongsi,tapi aku gembira dapat sampaikan sesuatu cerita.Terima kasih jugak pada kawan-kawan aku yang banyak bagi sokongan pada aku,aku tahu aku tak keseorangan sebab aku ada kawan yang setia disisi,aku sangat menghargai.


 Terima kasih lagi sekali lagi sudi singgah disini,sayang korang..^^

March 06, 2011

Sepetang Di Kuala Woh





Assalamualaikum^^..
 
Petang tadi aku dengan kawan-kawan semua pergi mandi sungai*yeah!*..Err,tapi sepanjang perjalanan ke destinasi dituju,hujan turun dengan lebatnya*isk,hujan*.semasa dalam perjalanan,aku tengok ramai jugak pengunjung lain dah balik,ye lah dah hujan kan.Tapi disebabkan kiteorang dah sampai,dan tahap keterujaan yang lebih untuk mandi sungai,maka diteruskan jugak,hoho..

Tapi masa aku dengan kawan-kawan lain mandi sungai tak ramai pun yang ada,yela dah hujan kan ramai yang dah balik.Tapi kiteorang tak,tetap "berkepak-kepak" jugak dalam sungai tu,ehehe..Jadinya tempat tu petang tadi memang kiteorang yang punya,hehe.





Bagi pencinta rama-rama dan alam semuala jadi*bukan pencinta wanita yer,huhu*korang akan dapat jumpa jenis rama-rama yang cantik disini,raja dikalangan rama-rama.Tapi time aku pergi petang tadi memang tak ada, sebab baru lepas hujan.Rugi aku tak dapat tengok rama-rama ni.




Dekat sini jugak bagi siapa yang suka berkemah boleh la jugak datang ke sini,best aku tengok tempat berkhemah ni,kira sesuai untuk korang yang sukakan aktiviti macam ni.Bagi yang tak suka berkhemah,risau banyak nyamuk ke apa,jangan risau chalet juga disediakan dikawasan berhampiran.Kemudahan tempat solat pun ada disediakan disini,jadi memang tak jadi masalah untuk bersolat,*tak ada alasan untuk melalaikan solat yer,hoho*


Itu jer lah aktiviti aku untuk hari ni,walaupun sekejap tapi memang seronok.Mandi manda bergembira,hehe..

Terima kasih sudi baca yer..^^




Senyum







Assalamualaikum semua..^^


Wah mood yang ceria,hehe..mesti lah nak ceriakan,takkan lah asyik-asyik nak emo jer..*letih tu,hoho*..Senyum kan satu sedekah,dengan senyum jer korang dah dapat pahala.Begitu indahnya Islam..

Teringat lah pulak lagu "Senyum"nyayian Malique ft Najwa.Dengan senyuman,tak perlu kata apa-apa tapi penuh dengan makna disebaliknya,tapi jangan lah pulak senyum sinis tu lain dah maknanya..hoho..Banyak makna yang tersurat dan tersirat bila kita senyum ni,ada orang senyum sekadar berpura-pura dan menjaga hati.Terasa agak hipokrit disitu.


Tapi ada jugak sesetengah orang,ada yang dalam kesusahan tapi tak mahu menyusahkan sesiapa tetap hadapi sesuatu dengan senyuman.Senyuman disebalik kesusahan yang terpendam dirahsiakan dari sesiapa.Seperti contoh si ibu sanggup berkorban dengan anaknya,menahan lapar dan dahaga tapi tetap senyum pada anaknya dengan memberitahu dia sudah kenyang segala,demi anaknya yang tercinta.Amat besar pengorbanannya itu.Hadapi sebarang kesulitan dengan penuh kesabaran dan senyuman,namun ada yang tersirat disebaliknya.


Begitu banyak makna yang tersurat dan tersirat tika kita senyum,yang penting kita senyum dengan ikhlas,itu lagi baik.Senyum adalah satu anugerah,jangan sampai kena tarik sudah,hoho..Senyum dari hati pasti dunia korang berseri*ceewah,hehe*..Akhir kata,senyum-senyum selalu,hehe..^^


Terima kasih sudi baca..^^

March 05, 2011

Hargai Apa Yang Ada



Manusia selalunya kalau ada sesuatu yang didepan mata jarang sangat menghargainya..Bila sesuatu itu tu dah tak ada,baru la nak terhegeh-hegeh nak mencari menyesal dengan apa yang dah dibuat..Oh tidak,agak terlewat disitu.,aku pernah merasa perasaan itu.


Peluang yang ada seharusnya dimanfaatkan dengan sepenuhnya..Aku pernah merasa saat kehilangan dan merasa sangat sakit akan perasaan itu,apa yang ada diabaikan tanpa memikirkan impak yang akan terjadi selepas itu..Menyesal untuk sesuatu yang perkara dah tak ada gunanya,kerana semuanya dah terlambat.Pesan seorang sahabat "jangan dikenang cerita yang lalu,mungkin itu adalah keputusan yang terbaik yang kamu fikirkan dan buat diwaktu itu,apa yang bakal terjadi kamu tak tahu,.Ada hikmah disebalik itu"..Berfikir sejenak akan benarnya kata sahabat aku itu,mungkin dulu aku belum matang dalam membuat sesuatu keputusan waktu itu.Aku akui itu.


Apa yang terjadi tetap akan terjadi,aku ingat pesan kamu itu.Kini aku lebih menghargai dengan apa yang aku ada.Setiap saat dan ketika yang berlaku,sangat aku hargai.Tanpa sahabat disisi aku takkan setabah ini dalam apa yang aku lakukan.Terima kasih buat kamu sahabat..

Fesbuk Dan Realiti

Korang mesti ada fesbuk kan?jangan kata korang tak ada,"nampak benor menipunya"*pinjam ayat cerita hantu kak limah sekejap*hehe..boleh dikatakan kecil,tua dan muda semuanya ada akaun fesbuk ni..Yela dari sini korang boleh jumpa balik rakan taulan yang telah lama terpisah,bak kata orang yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita rapatkan.*ceewah*

Dengan statistik pengguna fesbuk yang setakat ini seluruh dunia sebanyak 586 juta dan dijangka ke 600 juta tidak lama lagi*laporan asal dari aman.my*,fesbuk kini menjadi satu fenomena luar biasa bagi semua orang*wow!!*.Namun yang aku nak cakap bukanlah tentang statistik tu semua,secara sedar atau pun tidak fesbuk ni ada jugak kebaikan dan keburukannya.

Keburukan?*ada ker?*..ye la cuba korang bayangkan setiap masa korang duduk mengadap fesbuk jer..mana pulak kehidupan sosial korang?bukanlah aku suruh korang bersosial pulak,*aduh*..cuma ada segelintir umat manusia yang begitu taksub dengan fesbuk ni sampai abaikan segala.Korang pun mesti ada dengar macam-macam masalah sekarang yang pelik-pelik yang datangnya dari fesbuk ni..Korang pun mesti ada dengar kan?Begitu banyak yang terjadi.

Bukan aku nak kata,fesbuk ni tak bagus,ada juga kebaikannya.Aku akui ada kebaikan fesbuk ni,sebab dari sini aku dapat jumpa semula dengan kawan-kawan aku yang dah lama tak jumpa.Jadi penghubung antara jauh dan dekat.Lagi satu,korang nak chat dengan kawan-kawan pun senang jimat kredit hanpon korang..*hoho*Cuma sejenak ajar berfikir dengan apa yang ada,itu sahaja.Ya kebaikan dan keburukan sesuatu teknologi tetap ada,asal pandai cara kita manfaatkanya.itu lagi penting.

Terima kasih ye korang sudi baca..^^

March 04, 2011

Ketika Kecil Kamu


Gambar ni aku ambil semasa aku pergi solat jumaat hari ni..Kenapa aku ambil gambar ni?Pertama sekali aku suka tengok anak kecil ini.Telatahnya membuatkan aku tersenyum sendirian,tatkala aku melihat anak kecil ini mengambil wudhuk di kolah yang ada membuatkan aku terleka.Kedua,aku kagum melihat si ayah mendidik si anak kecil ini dalam mendirikan tanggungjawabnya sebagai seorang  muslim mendirikan rukun Islam yang kedua.

Benar kata orang melentur buluh biarlah dari kecil,jika sudah dewasa agak liat untuk melakukannya.Berbagai alasan akan diberi jika ditanyakan.Korang pun mesti dah di didik dari kecil tentang ilmu agama,mana yang baik dan mana yang buruknya.Aku berpesan jugak pada diri aku sendiri jangan terlalu leka mengejar urusan dunia semata sehingga alpa dengan disana..


Aku buat entry ni pun sebab aku berasa tanggungjawab untuk berpesan sesama kita.Bukan aku nak kata aku ni bagus ke apa,tapi dalam Islam sendiri pun menyuruh kita saling pesan berpesan..Terima kasih sudi baca apa yang aku tulis ni..^^

March 03, 2011

Hadiah Teristimewa

Syukur alhamdulillah hari ni genap umur aku yang ke 24 tahun,*erk!member cakap aku,dah tua.hoho*banyak sungguh wish yang aku dapat kat fesbuk arini,terima kasih ye kawan-kawan semua..Sayang korang sangat,*ayat mengampu disitu,hehe*..


Alhamdulillah,aku masih lagi bernafas untuk menikmati dan melihat alam ciptaan Ilahi.Menempuh satu lagi episod sehari-hari untuk diri..Sejujurnya aku terharu kepada kawan-kawan yang wish birthday aku hari ini,ternyata aku tidak keseorangan kerana ada kawan-kawan disisi yang sentiasa menemani.Ya,entry aku sebelum ni ada menyentuh tentang kawan-kawan..tapi bukanlah aku maksudkan semua kawan sebegitu..Aku menceritakan tentang berdasarkan pengalaman dari hidup aku untuk korang semua.Kerana blog aku ini,sedikit sebanyak menceritakan tentang perjalanan dalam hidup aku.


Bermula dari tengah malam tadi lagi,handphone berbunyi,kawan-kawan hantar mesej untuk wish..hoho..Pagi tadi pulak dapat call dari seorang sahabat wish birthday jugak..siap call lagi.Sewaktu petang pulak,aku dikejutkan dengan kawan-kawan yang datang ke tempat aku bekerja dan dengan membawa kek aku dinyanyikan lagu selamat hari lahir dari kawan-kawan..Sungguh,aku sangat terharu dengan layanan korang semua.Aku sangat-sangat menghargai persahabatan yang terbina diantara kita semua.


Tak pernah sekali aku dapat layanan sebegitu,kerana setiap tahunnya aku tak menyambut hari lahir aku..Tapi tahun ini amat-amat bermakna bagi aku..Terima kasih buat kawan-kawan semua..Moga persahabatan yang terjalin diantara kita berkekalan selamanya..Doa aku buat semua moga korang berjaya dalam apa jugak korang impikan,insyaAllah..


Terima kasih buat semua..^^






March 02, 2011

Diam Itu Lebih Baik

Bila dengan kawan-kawan punya lah banyak benda yang boleh diborakkan,sembang itu,sembang ini,Kalau ada modal semua cerita boleh dijadikan bahan.*mengalahkan makcik mesyuarat tingkap,hoho*Bila ada awek melintas mulalah datang perangai nakal dengan menyakat apa yang boleh,bila sorang-sorang tahu la pulak diam..berani kalau ada kawan-kawan jer..*tak gentle tuh,huhu*


Tapi bukan cerita itu yang aku nak ceritakan,tapi berkenaan sesuatu perkara yang hendak dikatakan..Aku percaya setiap dari korang mesti mempunyai kawan karib kan?tempat korang bercerita semua masalah yang korang rasakan.Masalah sama ada korang suka ataupun duka.Ye la korang mesti percaya yang kawan-kawan korang kan?..Yang lebih memahami korang berjiwa macam mana.Macam anak muda sekarang lebih kebanyakkannya lebih mempercayai kawan-kawan dari keluarga sendiri.


Semua masalah dikongsi bersama,namun percayalah tak semua perkara boleh diceritakan.Dengan kata lain diam itu lebih baik.bukan aku nak kata korang jangan percaya kat kawan korang langsung tapi simpan setengah perkara dari diberitahu semua..Percaya pun berpada-pada sebab manusia ni punya pelbagai sifatnya..

~Bercerita dari pengalaman,aku kongsikan dengan korang..terima kasih sudi baca..

Bagai Pelangi

Hidup ini penuh dengan dengan bermacam dugaan dan sifatnya manusia pula yang pelbagai ragam
..Aku suka memerhati orang dan dikala aku tidak sedar,orang pulak memerhati aku*ye la dah mengelamun jer kan,huhu*..Melihat si anak kecil bermanja-manja dengan ibunya,melihat pasangan yang sedang hangat bercinta berjalan dengan senyum dan tawa dan melihat pasangan tua yang sedang berehat di taman bunga.Indahnya kejadian Maha Pencipta dengan menjadikan manusia dengan pelbagai ragamnya.


Seindah pelangi yang mempunyai pelbagai warna,begitulah juga dengan sifatnya  manusia.Saling melengkapi diantara satunya.bagi mereka yang tahu menghargai tentang betapanya indahnya sebuah kehidupan pasti akan merasakan betapanya indahnya dunia.Berasa sering tersisih,namun ada yang teman disisi selalu menemani.Berasa masalah menimpa segala,ingatlah ada yang lagi berduka dari yang korang terima..

Setiap kejadian yang menimpa pasti ada hikmah disebaliknya,kesusahan yang ditanggung menimpa namun ada kesenangan dilain harinya.Kita tak tahu,hari ini hari yang perlu dilalui tabahlah kita hadapi,sejarah lama jadikan satu memori dan kenangan yang mengajar untuk masa akan datang.Esok,masih menjadi satu misteri namun sedialah untuk dihadapi..


March 01, 2011

Terima Kasih Mak




Hari pertama bagi bulan Mac ini,sekejap jer rasanya masa berlalu..Sedar tak sedar dah 24 tahun aku dilahirkan dan dibesarkan oleh mak aku..Besar sungguh pergorbanan seorang insan yang bernama Ibu dalam memdidik dan membesarkan aku.Pahit jerih susah payah dalam membesarkan anaknya yang seorang ini dengan penuh kesabaran.


Anaknya ini kadang kala tidak mendengar kata,namun si ibu tetap sabar dengan kerenah anaknya.Aku dilahirkan dalam dalam keluarga yang serba sederhana..Di didik dan diajar dengan erti kesusahan dalam mencari sesuatu dalam kehidupan..Benarlah kata orang ''kasih ibu membawa ke syurga,kasih bapa kekal selamanya''..

Namun sebagai anak pernahkan korang berterima kasih pada seorang insan yang bergelar ibu?dikala ibu membuatkan sarapan diwaktu pagi mu sebelum ke sekolah,sewaktu korang berduka ibu datang bertanya mengapa dan masalah dikongsi bersama..Pernahkah?betapa besarnya pergorbanan ibumu sewaktu menanggung kesusahan dalam mengandung dan melahirkan korang..


Janganlah disakiti hatinya si ibu yang sudah tua dengan menitiskan air matanya..Balaslah jasa ibumu dengan apa cara sekalipun selagi ibumu masih ada..Aku buat entry ni sebab aku bersyukur sangat sebab mak aku melahirkan aku,dan dah banyak sangat berkorban untuk aku....Bulan ni bulan kelahiran aku,dan sebesar-besar penghargaan buat mak aku sebab melahirkan anakmu dan membesarkan sehingga menjadi manusia dan  melayan kerenah anakmu  yang pelbagai ini.Sayang mak sangat!!terima kasih..^^

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates