March 08, 2011

Lelaki Baca Novel?Eeeuww..

  


Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..^^

"Eeeeuwww..mat jiwang,mat bunga,hati kuntum"tu la gelaran pada lelaki yang baca novel,salahkah seorang lelaki baca sebuah novel?Lelaki yang baca novel adalah seorang yang berhati lembut?jiwa tak kental,benarkah?ke aku yang tak tahu ada yang memang macam tu?..


Kan ker membaca tu perkara yang baik,bukannya benda yang mendatangkan mudarat pun.Jadi aku tak nampak sebarang masalahnya bila seorang lelaki membaca novel,sama la jugak seperti orang cakap lelaki tengok cerita korea ni,tak macho langsung*ye ker?*..Ni bila tengok lelaki kat bahagian sudut novel dah tengok semacam,apakah?*tak faham aku*. 

Aku pun layan jugak novel ni,tapi kadang-kadang la .Kalau sinopsis ceritanya bagus,tak salah aku beli dan baca,bukan buat satu dosa besar pun.Aku mula-mula dulu pun baca,sebab aku pelik tengok  kenapa la budak-budak perempuan ni suka sangat baca novel,kalau dekat fesbuk pulak tengok info tulis hobi suka baca novel*erk,kantoi suka tengok info awek,hoho*,jadi aku pun cuba la membaca novel ni.Tu pun pinjam dari kawan,tengok-tengok layan jugak.Baru la aku faham,dalam novel ni bukan la segala jalan cerita cinta-cinta jer pun,ada jugak tentang kekeluargaan.Jadi tak la jadi masalahnya lelaki yang baca novel ni,tak jadi mat bunga ke apa.hoho

Mana-mana yang rasa macam tu,itu hak masing-masing..Masing-masing punya pendapat dan pandangan yang berbeza,tapi jangan lah tengok orang lelaki baca novel jer dan tengok semacam.Pelik sangat ker?Macam mana pun,korang baca lah apa yang patut,dengan membaca korang dapat banyak ilmu.Jangan baca majalah gosip-gosip dah la,tak da hasil pun,hoho..




Terima kasih sudi baca..^^

13 comments:

nisa said... BALAS

" book guyz " ker???.... hihihi ^___^

nisa said... BALAS

..xnak try tukar hooby baru ker?? ^___^ .. "hOoby bace suret kabor ker...???? hi.hi.hi.. tahu isu semase..hi.hi.hi.hi Gud nite. assalamualaikum.......(^^,)

aiEz said... BALAS

nisa-surat khabar memang selalu baca sebab nak tahu isu semasa,ehhehe..waalaikumsalam^^

kathy said... BALAS

boyfren kite pun suka baca novel..novel yg plg die suke karya ahadiat akashah ;)

aiEz said... BALAS

kathy-ye ker?wah sama2 la..pengaruh dari novel lagenda budak setan..hehe..^^

Azwan Aziz said... BALAS

aku pun baca gak novel... sama je ngn layan movie cuma kena baca dan imagine sendiri.. novel plak xsemestinya sume jiwang2.. ade gak yg genre lain..

aiEz said... BALAS

azwan-yup tau takpe,ni bila ak dok kat sudut novel ader la yg usha pelik semacam..bukannya genre jiwang jer yang ada jual,tu yg ak xphm tengok plik sgt..huhu

amii afandi said... BALAS

tak salah kan kalau lelaki baca novel?

janganlah hanya dengan omongan mereka-mereka yang tak berasas, kalian terus berhenti dan tidak berminat hendak membaca.

aiEz said... BALAS

amii-yup memang tak salah kalau lelaki membaca novel,akan diteruskan juga..pendapat masing2,itu pandangan mereka dan hak mereka..mana yang baik diteruskan..^^

mysarrasara said... BALAS

Salam....
Ai shaari...oh ada blog jugak ye....

nie blog mai http://princessmysarra.blogspot.com/

pas nie boleh la kita ber blog pulak....

aiEz said... BALAS

mysara-waalaikumsalam mai,wah sme2 ada blog..okeh sma2 kiter..thanx singgah mai..^^

Hunny Kitty said... BALAS

tak salah lelaki nak baca novel...ada ape penulis novel yang lelaki...novel adalah bahan bacaan so...tertakluk pada pemikitan seseorangla nak cap lelaki baca novel tu ape..bagi ai tak kuntum tak jiwang pon.....normal la tuh..igt lelaki tak de perasaan ke? kan?

aiEz said... BALAS

honey-yup sgt diakui tu,sebab ni benda yg normal..cuma pandangan seseorang jer terhadap sesuatu,mana yg baik kita ikut..laki pun ada perasaan gak,hehe^^

Free Blog Theme and Templates