March 24, 2011

Terimbas Memori




Terkenang aku akan sekolah lama yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.Banyak kenangan manis dan pahit dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar.Yang manis aku banyak kenangan bersama-sama rakan disekolah.Telatah dan ragam sebagai seorang pelajar yang agak nakal sewaktu disekolah dahulu.Dan yang pahit kerana aku juga pernah merasa akan perasaan apabila dibuli.

Mengenal akan ertinya sebuah persahabatan,yang mana kawan dan yang mana lawan.Kehidupan aku sebagai seorang pelajar yang berbadan besar seakan membuatkan aku mempunyai sifatnya rendah diri.Kurangnya akan sifat keyakinan di dalam diri membuatkan aku seakan takut untuk melangakah dengan berani.Namun aku bersyukur dalam lemahnya aku diwaktu itu tapi aku masih punya sahabat yang sentiasa ada bersama aku.Walau kadang kala sering berbeza pendapat,namun masih punya sifat akan menghargai seorang sahabat.

Guru-guru yang banyak membantu aku,meskipun aku di waktu sekolah dahulu seakan ceria,namun aku juga punya sifat lemahnya juga.Guru membantu aku disaat aku benar-benar perlu,aku takkan lupa akan itu.Banyak kenangan yang terimbas disekolah dahulu jika aku kenang kembali.Namun itu hanya satu memori yang banyak mengajar aku kini,mengajar aku untuk melangkah dengan lebih berani.

Cabaran dalam menghadapi akan sebuah kehidupan yang pelbagai dengan corak dan jalan ceritanya.Aku salah satu watak dalam sebuah sketsa kehidupan menempuh hidup dengan pebagai dugaan.Melihat akan kuatnya aku dahulu dalam menempuh sesuatu dalam hidupku.Aku dahulu adalah insan yang lemah,tapi pengajaran lalu banyak menjadikan aku untuk lebih tabah.Syukur akan segala dugaan kerana sekarang menjadikan aku seorang insan.


4 comments:

aiEz said... BALAS

Ronaldmohoni-terima kasih..^^

mysarrasara said... BALAS

mmg best kan time sek dulu....kelas kita t'kenal sbb ramai kaki gadoh dlm kelas...tp skrg ramai yg dah bjaya dgn keje msg2 kan...

rindu nye nak kembali ke zaman sek...

shaari...salwa ckp mgkn bln 5 nie nak buat reunion kat pangkor....nnt join la leh jumpe ramai2....

aiEz said... BALAS

mysarra-yup zaman sekolah yg penuh dgn ragam kita dulu..dan sekarang masing2 ada kerjaya sendiri..mmg rindu nk kemasa dulu,hehe..tu yg ak lalu je la dpn sek mnggu lps..nk msuk xboleh..

yup,ak thu..nt ak cnfrm ngn dier,sbb selalu jmpe..office pn dkt..^^

Anonymous said... BALAS

aku xsmpt nk sekolah kt sini sbb drjh 5 da pindah kLang...
huhu...

Free Blog Theme and Templates